• Carian
  • Media Sosial
  • Eden, N’Golo, Hary Kane Antara Nama Merebut Anugerah Kasut Emas

    Posted by suzein-yana | 21 April 2017 | 1

     

    Eden Hazard, N’Golo Kante dan Harry Kane adalah antara pemain Chelsea dan Tottenham Hotspur yang mendominasi senarai Kesebelasan Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) Inggeris musim ini.

    Danny Rose, Gary Cahill, David Luiz, Kyle Walker dan Dele Alli turut tersenarai selepas menonjol bersama kelab-kelab London itu.

    Tiga pemain luar selain Spurs atau Chelsea terdiri daripada penjaga gol Manchester United, David de Gea, pemain sayap Liverpool, Sadio Mane, dan penyerang Everton, Romelu Lukaku, yang mengetuai perebutan Anugerah Kasut Emas dengan koleksi 24 gol.

    Tidak ada ruang buat Zlatan Ibrahimovic atau Alexis Sanchez, sekalipun kedua-duanya disenarai pendek dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.

    Pasukan terbaik pilihan PFA bagi setiap peringkat liga bola sepak England dan juga anugerah individu, diundi oleh pemain profesional seluruh saingan Inggeris.

    Majlis anugerah akan berlangsung pada Ahad ini – AstroArena

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up