Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Dian Sastrowardoyo Jawab Isu Tepis Tangan Peminat

    Posted by kal-el | 21 April 2017 | 12

     

     

    AKHIRNYA aktres Dian Sastrowardoyo tampil menjelaskan mengenai kontroversi berhubung kelakuan yang dianggap tidak sopan kerana menepis tangan peminat yang ingin bergambar dengannya.

     

    Menerusi laman Instagram, pelakon filem Kartini itu menyuarakan situasi yang dihadapinya tatkala insiden berkenaan dirakamkan.

     

    “Sejujurnya itu adalah perkara yang tak disengajakan. Ada seseorang dari belakang yang secara tiba-tiba memegang badan saya.

     

    “Akibat terkejut dan secara tidak sengaja saya menepis dan menghindarinya. Namun saya tidak bermaksud tidak ramah atau tidak sopan.

     

     

    “Memang video tersebut kemudiannya saya padam agar tidak menimbulkan kesan yang tidak sesuai mengenai apa yang sebenarnya terjadi,” tulis Dian.

     

    Tambah Dian dia akur dengan kecaman dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

     

    Sebelum ini pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo turut tampil memohon maaf terhadap kelakuan Dian yang dianggap tidak sopan.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up