Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Cubaan Serangan Bom Di Songkhla Gagal

    Posted by kal-el | 21 April 2017 | 18

     

     

    Narathiwat: Dua anggota pemisah yang merancang satu serangan bom di wilayah Songkhla maut selepas bahan letupan yang dibawa mereka tiba-tiba meletup, kata tentera semalam.

     

    Kejadian itu berlaku ketika suspek pemisah melancarkan 13 serangan termasuk bom tangan dan tembakan di wilayah Narathiwat, Pattani dan Songkhla kelmarin.

     

    Kejadian itu menyebabkan lapan orang cedera tetapi tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

     

    Jurucakap tentera, Yutanam Petchmoang berkata, dua suspek pemisah maut ketika membawa bom buatan sendiri di daerah Sabayoi di Songkhla.

     

    “Kedua-dua suspek menaiki motosikal sebelum bom buatan sendiri yang dibawa mereka meletup.

     

    “Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, kedua-dua mangsa adalah penyokong kumpulan pemisah,” katanya.

     

    Konflik di selatan Thailand itu sudah meragut lebih 6,800 nyawa, majoritinya orang awam sejak ia bermula pada 2004.

     

    Junta tentera Thailand kini mengadakan beberapa siri rundingan damai dengan kumpulan pemisah Mara Petani tetapi masih gagal menghentikan serangan di wilayah itu.

     

    Ramai penganalisis berpendapat, rundingan itu hanya sia-sia kerana Mara Petani tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap anggota pemisah. – Agensi

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up