Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Beri Zakir Naik Taraf PR Itu Tepat, Tanda Lindungi Pendakwah Islam

    Posted by nadilang | 21 April 2017 | 50

     

    Pemberian taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia kepada Dr Zakir Naik disifatkan sebagai tindakan yang tepat dan benar bagi melindungi golongan pendakwah Islam.
    Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pendakwah berkenaan yang membawa misi kedamaian perlu dilindungi apatah lagi oleh sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
    Pada masa sama, katanya, ia bagi menangkis segala tohmahan yang sengaja direka untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap perjuangan dakwah Zakir.
    “Kenyataan seorang menteri yang mempertikai pemberian taraf pemastautin tetap kepada beliau (Zakir) sangat mengecewakan.
    “Saya bimbang ada menteri kerajaan yang sudah mengikut rentak politik DAP mempertikaikan sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan dakwahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    Pada 18 April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan Zakir berstatus PR negara ini sejak lebih lima tahun lalu.
    “Saya ingin mengesahkan beliau (Zakir) berstatus penduduk tetap di Malaysia, tetapi beliau bukan warganegara Malaysia, saya fikir sejak lebih lima tahun lalu,” katanya.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up