• Carian
  • Media Sosial
  • Bantuan Kemanusiaan Terbesar Tiba Di Syria

    Posted by editor | 21 April 2017 | 6

     

     

    DAMSYIK – SYRIA. Bantuan kemanusiaan terbesar seberat 10,000 tan dibawa dua kapal, Sparta-1 dan Sparta-2 dari Rusia telah tiba di pelabuhan Tartus di Syria, kelmarin.

     

    “Ia terdiri daripada bekalan seperti tepung, gula dan makanan di dalam tin,” kata komander tentera Moscow.

     

    Datuk Bandar Tartus, Haidar Murhej turut mengucapkan terima kasih di atas bantuan kemanusiaan itu selain memaklumkan ia akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

     

    “Kami akan mengagihkan bantuan tersebut secara berperingkat.

     

    “Bermula dengan kem pelarian serta kawasan yang baru dibebaskan dari cengkaman kumpulan militan Daesh,” jelasnya.

     

    Awal tahun lalu, Rusia dan Syria telah menandatangani perjanjian pembangunan serta pemodenan penempatan tentera laut Moscow di bandar pelabuhan Mediterranean selain memperluaskan operasi untuk tempoh beberapa dekad akan datang. – Press TV

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up