Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Bangkai Dugong ‘Menangis’ Ditemui Terdampar

    Posted by fatty | 21 April 2017 | 5:00 pm | 16

     

    Bangkai dugong dewasa ditemui terdampar di pantai Pulau Tinggi dekat Mersing.

     
    Penduduk tempatan menemui mamalia itu dengan kesan darah mengalir pada matanya di perairan berhampiran Kampung Tanjung Balang pada pukul 5 petang, Khamis petang.

     
    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat mengesahkan penemuan haiwan itu sambil menyifatkan ia kehilangan besar untuk kehidupan marin di negeri itu.

     
    Tegasnya, Jabatan Veterinar bersama Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang akan menjalankan bedah siasat ke atas bangkai dugong itu.

     
    “Kami mahu tahu punca kematian dugong di kawasan itu.

     
    “Sejak 2015 sebanyak empat bangkai dugong ditemui terdampar di perairan sama,” katanya.

     
    Ayub juga menjelaskan pihak negeri dalam proses mewartakan kawasan berkenaan sebagai santuari dugong untuk melindungi spesis itu.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up