Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • VIDEO : Drama ‘Gusti’ Suami Isteri Punca Penerbangan China Ditunda

    Posted by kal-el | 20 April 2017 | 24

     

     

    Sebuah pesawat China Eastern Airlines penerbangan ke Chengdu, Sichuan terpaksa ditunda gara-gara sepasang suami isteri ‘bergusti’ di landasan Lapangan Terbang Changsui di Kunming, Yunnan.

     

    Lapor Akhbar South China Morning Post, penerbangan domestik tersebut yang sepatutnya berlepas pada pukul 11 pagi terpaksa ditunda selama setengah jam akibat pergaduhan antara pasangan suami isteri berkenaan.

     

    Pasangan tersebut dikatakan bergaduh selepas turun dari sebuah bas untuk menaiki kapal terbang sebelum berlaku aksi tolak menolak antara mereka.

     

    Ketika pergaduhan itu berlaku, wanita terbabit ditolak hingga terjatuh dan baju lelaki itu terkoyak akibat ditarik wanita tersebut.

     

     

    Pasangan itu akhirnya disuraikan oleh pekerja berhampiran.

     

    Setelah selesai bergaduh, pasangan itu dihalang memasuki pesawat namun penerbangan diteruskan kira-kira pukul 11.30 pagi serta selamat sampai di Chengdu setengah sejam kemudian.

     

    Hasil siasatan mendapati pasangan suami isteri itu dalam proses penceraian susulan sudah tidak serasi dalam perhubungan mereka.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up