Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Sekadar Ini Sahaja Yang Pakar Strategi PKR Mampu Lakukan?

    Posted by editor | 20 April 2017 | 170

     

    Mendapat gelaran atau diangkat sebagai seorang pakar strategis merupakan satu penghormatan buat seseorang. Manakan tidak, seseorang itu akan merencana banyak strategi untuk memajukan sesebuah syarikat mahupun parti-parti politik. Lagi pun, tidak ramai yang mampu atau berkebolehan untuk dijadikan pakar strategis seperti yang dinikmati oleh Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli.

    Umum sedia maklum bahawa Rafizi merupakan pakar strategis yang dilantik oleh partinya sendiri bagi merencana perjalanan parti PKR. Selain dari menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, dia juga bertanggungjawab merencana strategi PKR dalam politik negara. Betapa beratnya tanggungjawab Rafizi terhadap PKR inilah yang memungkinkan Rafizi hari ini dikenali sebagai Raja Penipu Malaysia.

    Sepatutnya, sebagai seorang yang diangkat sebagai Pakar Strategis PKR, dia sepatutnya merencana bagaimana untuk menarik sokongan rakyat terhadap PKR. Malah, dia juga sepatutnya merangka pelan jangka panjang PKR untuk terus mampu bertahan dalam arus politik semasa.

    Namun apa yang berlaku sebaliknya. Setiap bulan, sejak berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rafizi, semuanya adalah penipuan dan memanipulasikan keadaan dan sesuatu isu. Tanpa serik, Rafizi secara berterusan menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap banyak agensi kerajaan demi kepentingan politiknya.

    Lihat sahaja bagaimana dia membina imej buruk terhadap Lembaga Tabung Haji, Felda, JAKIM, KWSP, KWAP, LTAT dan banyak lagi agensi yang kesemuanya membela nasib kaum Melayu dan agama Islam. Lebih hebat lagi dia sanggup bersumpah atas nama Allah hanya semata-mata mahu menjahanamkan PAS.

    Melihat kepada apa yang dilakukannya, timbul persoalan, adakah ini sahaja level Pakar Strategis yang di ketengahkan PKR? Jika hanya dilantik sebagai Pakar Strategis hanya untuk membolehkan dia mencipta fitnah dan pembohongan, rasanya istilah Pakar Strategis berkenaan langsung tidak sesuai disandang oleh Rafizi walau apa jua alasan yang diberi.

    Ketika satu tinjauan rawak dijalankan terhadap penyokong tegar PKR, mereka sendiri mengakui, Rafizi Ramli telah banyak memalukan PKR berbanding merangka kekuatan PKR untuk tempoh panjang. Ujar mereka, tindakan Rafizi yang telah banyak melakukan permohonan maaf dan menyelesaikan banyak kes melibatkan dirinya di luar mahkamah menunjukkan setiap patah perkataan yang diperkatakan Rafizi adalah satu pembohongan semata-mata.

    Menurut para penyokong yang ditemui di Pantai Dalam semalam memberitahu, mereka cukup malu apabila Rafizi mula bersuara dan mereka mengakui, banyak kenyataan bodoh Rafizi ini telah melemahkan PKR tanpa sedar. Apa yang mereka harapkan kini adalah, kepimpinan tertinggi PKR harus bertindak mengasingkan diri dari Rafizi kerana Rafizi lebih banyak membawa keburukan kedalam PKR berbanding melakukan perkaran yang baik.

    Lihat sahaja bagaimana ahli akar umbi PKR sendiri cukup malu dengan Rafizi. Mungkin ada benarnya kata-kata mereka yang mahu kepimpinan tertinggi PKR mengasingkan diri dari Rafizi. Ini kerana, banyak kenyataannya telah disahkan sebagai satu pembohongan yang sengaja dia reka untuk kepentingan politiknya sendiri.
    Oleh : Samurai Biru

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up