Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Inilah Kisah Antara Dyana Sofya Dan Zairil Khir Johari…

    Posted by editor | 20 April 2017 | 12:04 pm | 6128

     

    PELBAGAI sifir telah bermain dalam media sosial mengenai isu melibatkan dua pemimpin muda DAP iaitu Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari.

    Bermula dengan beberapa keping gambar intim mereka berdua yang tular semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan beberapa tahun lalu, polemik hubungan sulit kedua-dua mereka tidak terhenti di situ sahaja.

     

     

    Beberapa bulan yang lalu tersebar pula video berdurasi pendek yang memperlihatkan seorang lelaki menyerupai Zairil sedang berpelukan mesra sambil menari dengan seorang gadis yang turut menyerupai Dyana Sofya.

    Namun seperti kelaziman, Zairil tampil menafikannya. Manakala Dyana Sofya juga turut mengubah isu dan bermain persepsi sendiri.

     

     

    Kini tular pula beberapa keping gambar mereka berdua lagi. Kali ini amat jelas kelihatan mimik muka Dyana Sofya sedang bercumbuan dan bermesra dengan Zairil di sebuah restoran murah sambil meminum sejenis minuman yang tidak diketahui status halalnya.

    Ya memang benar Dyana Sofya dan Zairil sudah bersuara mengenai isu-isu berkenaan. Namun ia hanya sekadar berlegar di sekitar media sosial dan penafian yang mereka berdua lakukan tidak begitu kukuh dari segi fakta dan undang-undang.

     

     

    Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi Zairil dan Dyana Sofya untuk bertindak membuat laporan polis mengenai perkara ini sekiranya gambar-gambar yang ditular oleh sesetengah pihak itu merupakan suatu yang tidak benar.

    Ini bukanlah bagi mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya ia bertujuan untuk menjernihkan nama mereka sekiranya ia suatu tindakan fitnah atau sekadar gambar rekaan.

    Marilah kita sama-sama tunggu adakah Dyana Sofya dan Zairil sudi untuk membuat laporan polis ke atas gambar-gambar yang tular itu jika benar mereka tidak melakukannya. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up