• Carian
  • Media Sosial
  • 10 Aktor Hollywood Yang Bersuara Emas

    Posted by editor | 16 April 2017 | 30

     

     

    Industri perfileman di Hollywood sememangnya sangat kompetitif. Walau versatil mana pun seseorang pelakon itu, mereka terpaksa memilih antara satu cabang seni yang ada sebagai fokus utama.

     

    Sesetengah aktor dari sana barangkali hanya hebat sebagai pelakon di mata kita. Namun, ada antara mereka yang sebenarnya memiliki bakat nyanyian dan hakikatnya bersuara emas.

     

    Sayang, lakonan perlu jadi keutamaan dan untung buat aktor yang mendapat watak berunsur muzikal. Sekurang-kurangnya, mereka dapat melampiaskan bakat terpendam itu apabila membintangi naskhah yang menuntut mereka untuk menyanyi.

     

    Beberapa nama pelakon ini pasti mengejutkan dan kita tidak menyangka mereka boleh menyanyi dengan baik. Bahkan teknik nyanyian mereka setanding penyanyi hebat yang ada di sana.

     

    Berikut senarai Top 10 aktor bersuara emas pilihan Bling!.

     

    1. Tom Hiddleston

     

     

    Cukup dikenali dengan watak ikonik sebagai Loki dalam Thor, pelakon British ini rupanya sangat hebat dalam nyanyian.

    Bakat muzikalnya juga disegani dan buktinya dia menjadi rebutan produser untuk melunaskan naskhah berkonsep muzikal.

    Antaranya, Tom bakal menjayakan sebuah filem biopik penyanyi Country terkenal, Hank Williams yang berjudul I Saw The Light.

     

    2. Chris Pine

     

     

    Bintang Star Trek ini bukan asing lagi di persada nyanyian. Chris jelas antara aktor yang benar-benar membuktikan dia sangat versatil.

    Memiliki laras suara yang sangat mengagumkan, dia pernah memukau ramai dengan nyanyiannya menerusi lagu berhantu Frank Sinatra, Fly Me To The Moon.

    Untuk filem muzikal Into The Woods pula, Chris menyumbangkan suaranya menerusi dua lagu iaitu Agony dan Any Moment.

     

    3. Hugh Jackman

     

     

    Selain Chris, aktor kelahiran Australia yang sangat dikenali dengan watak Logan dalam Wolverine ini juga disegani bakat muzikalnya.

    Hakikatnya, dia sudah lama menyanyi, namun tidak ramai tahu Hugh sebenarnya memiliki vokal hebat.

    Selepas membintangi Les Miserable, mulanya ramai menyangka dia cuma ‘miming’ suara nyanyian itu.

    Sebenarnya, ia memang suara asalnya.

     

    4. Gerard Butler

     

     

    Sebelum meledak namanya, Gerard mula membuka mata ramai selepas membintangi The Phantom of The Opera pada 2004.

    Kredibilitinya benar-benar terserlah apabila dia kena menyanyi sendiri hampir semua lagu dalam filem itu.

    Menurutnya, dia menghadiri empat kelas nyanyian untuk memastikan dapat melunaskan tanggungjawab itu dan menyifatkan ia keputusan terbaik dalam hidupnya.

     

    5. Ryan Gosling

     

     

    Ryan tidak disangkal hadir dengan pakej yang sangat lengkap. Selain tampan dan lakonannya sangat berkesan, bakat muzikalnya begitu besar.

    Ia terbukti menerusi lakonannya dalam filem hebat, La La Land apabila bukan saja menyanyi dengan baik, bahkan dia boleh menari dan bermain piano.

     

    6. Robert Downey Jr

     

     

    Karisma yang ada pada aktor ini sangat luar biasa. Di gelanggang lakonan, penonton mudah jatuh cinta terhadap Robert dengan hanya melihat aura lakonannya.

    Bagaimanapun, buat yang pernah mendengar nyanyiannya, pasti akan jatuh cinta kali kedua. Lagu Man Like Me yang pernah dinyanyikannya pada 2004 harus didengar.

    Ia antara lagu yang dimuatkan dalam album solonya yang berjudul The Futurist.

     

    7. Joseph Gordon-Levitt

     

     

    Ini lagi seorang pelakon yang memang tidak disangkal bakat nyanyiannya. Bahkan, pentas bukan tempat asing lagi buat Joseph.

    Dia sudah berkongsi pentas dengan ramai penyanyi hebat termasuk Miley Cyrus.

    Sebuah lagu nyanyian duetnya bersama Lady Gaga berjudul Baby It’s Cold Outside juga antara bukti dia penyanyi hebat.

     

    8. Benedict Cumberbatch

     

     

    Diakui sebagai aktor yang sangat hebat dan popular menerusi Sherlock Holmes, ramai mungkin menyangka Benedict tidak boleh menyanyi.

    Tahun lalu, dia tampil mempersembahkan lagu Comfortably Numb di sebuah acara di London dan mendapat pujian melambung.

    Pada 2013, dia juga merakamkan lagu berjudul Can’t Keep It Inside bersama pemuzik hebat iaitu Kings of Leon dan Bon Iver.

     

    9. Iwan Rheon

     

     

    Nama Iwan masih baru untuk diperkatakan. Bagaimanapun, wataknya dalam drama epik kegilaan ramai, Game of Thrones benar-benar memperkenalkan dia di mata dunia.

    Iwan juga rupanya sangat disegani apabila menyentuh mengenai muzikalnya. Teguh perjuangkan muzik folk indie, dia disifatkan hebat setanding Ed Sheeran.

     

    10. Ansel Elgort

     

     

    Bintang The Fault in Our Stars ini memang cukup digilai kerana ketampanannya.

    Menerusi filem itu juga, dia mula dikenali satu dunia dan kehadirannya diterima baik.

    Bukan saja hebat berlakon, kini aktor itu berjinak-jinak pula dengan bidang nyanyian.

    Ansel melancarkan sebuah lagu ciptaan dan nyanyiannya sendiri berjudul Home Alone di laman SoundCloud.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up