• Carian
  • Media Sosial
  • 10 Kasut Paling Mahal Di Dunia

    Posted by editor | 15 April 2017 | 544

     

     

    Kasut boleh dianggap sebagai trend masa kini terutamanya sejak kewujudan Yeezy, Adidas NMD serta Nike Air Jordan.

     

    Tetapi tahukah anda, meskipun kasut seperti Yeezy mencecah harga RM3,000, ia bukanlah kasut yang mahal jika dibandingkan dengan kasut lain yang terdapat ketika ini.

     

    Berikut senarai 10 kasut paling mahal dan tidak masuk akal di dunia.

     

    10. Nike So Cal Air Force 1 Supreme Max

     

     

    Harga: USD 50,000 (RM220,000)

    Nike Air Force One merupakan antara kasut paling popular dikalangan peminat Nike. Namun, Nike So Cal ini menawarkan ciri yang cukup ‘rare’ antaranya kulit premium dan bahan pantulan cahaya 3M yang terletak di bahagian tapak.

     

    9. Air Jordan Silver Shoes

     

     

    Harga: USD 60,000 (RM264,750)

    Kasut ini diperbuat menggunakan perak. Namun, apa yang menarik tentang kasut ini, ia boleh dipakai dan bukan sekadar barang hiasan. Bagi peminat Michael Jordan, silalah kumpul duit daripada sekarang!

     

    8. Kathryn Wilson’s Pumps

     

     

    Harga: USD400,000 (RM1.7 juta)

    Memakan masa 50 jam untuk dihasilkan.

    Hasil kerja pereka New Zealand, Kathryn Wilson, kasut ini memaparkan berlian yang mencecah jutaan ringgit dan setiap satu berlian tersebut dipasang satu demi satu.

    Meskipun mahal, tetapi kasut ini tidak boleh dipakai sebaliknya hanya untuk hiasan.

     

    7. Stuart Weitzman Diamond Dream Stilettos

     

     

    Harga: USD500,000 (RM2.2 juta)

    Stuart Weitzman sememangnya nama besar dalam dunia kasut. Kasut ini mengandungi 1,500 berlian 30 karat. Kalau mampu silakan membuat tempahan anda.

     

    6. Stuart Weitzman Marilyn Monroe Shoes

     

     

    Harga: USD1 juta (RM4.41 juta)

    Gabungan Stuart Weitzman dan selebriti terkenal mendiang Marilyn Monroe hampir pasti satu kombinasi yang sudah cukup untuk menceritakan segalanya.

    Kasut ini pernah dipakai Regina King di Oscar 2005, dan ketika dilelong, ia dijual dengan harga USD1 juta!

     

    5. Stuart Weitzman Ruby Stilettos

     

     

    Harga: USD1.6 juta (RM7 juta)

    Diinspirasikan daripada kisah ‘Wizard of Oz’. Kasut ini dihasilkan menerusi gabungan 643 batu delima dan 500 gram platinum.

     

    4. Stuart Weitzman Tanzanite Heels

     

     

    Harga: USD2 juta (RM8.8 juta)

    Dihasilkan menerusi kerjasama Weitzman dan Eddie Le Vian. Kasut ini menampilkan gabungan 28 karat berlian dan 185 karat permata tanzanite.

     

    3. Stuart Weitzman Cinderella Slippers

     

     

    Harga: USD2 juta (RM8.8 juta)

    Siapa kata kisah dongeng tidak wujud? Gabungan 565 berlian KWat bersama platinum menghasilkan kasut yang menjadi pujaan wanita terutamanya selebirit Hollywood.

    Diilhamkan oleh kisah Cinderella, hanya Prince Charming mampu menghadiahkan kasut seperti ini.

     

    2. Stuart Weitzman Rita Hayworth Heels

     

     

    Harga: USD3 juta (RM13 juta)

    Dinamakan sempena legenda Hollywood, kasut ini menampilkan subang yang pernah dipakai Rita.

    Ketika ini kasut ini menjadi milik anak perempuan Rita.

     

    1. Harry Winston Ruby Slippers

     

     

    Harga: USD3 juta (RM13 juta)

    Kasut ini merupakan replika rasmi sepasang kasut merah yang dipakai Dorothy dalam Wizard of Oz.

    Ia mengandungi 4,600 batu delima dan berlian 50 karat dan dihasilkan sempena ulang tahun ke-50 filem itu.

     

    Sumber : Hanasuva

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up