Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • ‘De Facto’ Pakatan : Tidak Usah Disebut Pun Kita Boleh Nampak

    Posted by fatty | 13 April 2017 | 9:30 am | 66

     

    Bersungguh-sungguh benar DAP menafikan parti itu menguasai Pakatan Harapan. Pelbagai kenyataan dan hujah diberi untuk menafikan parti mereka sebagai ‘de facto’ di dalam gabungan pembangkang baru itu. Siang malam mereka cuba ‘padam’ pandangan itu.

    Kononnya tidak ada ‘abang besar’ atau ‘ayahanda’ dalam Pakatan Harapan? Tiada boneka dan tiada pihak yang membonekakan sesiapa? Semuanya sama rata, sama adil? Tiada ketua dan cuma ada penasihat? Jadi, siapa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri?

    Mungkin benar bahawa siapa yang menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu tidak penting bagi DAP. Mungkin kerana tidak penting itulah mereka menamakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

    Siapa sanggah nama Anwar, maka siaplah. Tidak percaya, tanyalah Tony Pua dan beberapa ‘meriam buluh’ DAP yang lain. Baru saja ‘negarawan ulung’ sebut nama Presiden ‘cap bunga’ di London, mereka melatah melenting bagaikan marah di media. Kendur ‘orang tua’ itu dibuatnya.

    Pada hemat penulis, jika Pakatan Harapan berjaya menjajah negara ini, DAP tidak perlu pun menjadi Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri. Cukuplah hanya jadi menteri-menteri kabinet sahaja. Malah jika tidak jadi menteri pun tidak mengapa, cuma jadi ahli parlimen biasa saja…

    Kenapa? Mudah saja. Jika Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri atau Timbalan Menteri tidak dengar kata DAP, parti itu bila-bila masa saja boleh umum keluar dari Pakatan Harapan. Bila hilang majoriti, Anwar boleh lagi jadi Perdana Menteri?

    Masih ingat lagi dengan apa yang berlaku di Perak sebelum ini? Apa yang berlaku pada Dato’ Seri Nizar Jamaluddin? Apa yang didedahkan bekas Exco Kerajaan Negeri yang enggan lagi jadi ‘balaci’ DAP di Perak ketika itu? Bersidang di bawah pokok dibuatnya!

    Di Pulau Pinang jangan ceritalah. Seluruh negara boleh tengok sendiri apa yang berlaku pada PAS sebelum mereka keluar dari pakatan bersama DAP. Cuba lihat pula kedudukan PKR dan PAN yang ‘memperhambakan diri’ kepada ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’…

    Di Selangor ini PKR yang memerintah? Zahirnya nampak begitu, bukan? Tapi cubalah Dato’ Seri Azmin Ali tidak dengar cakap DAP, tahulah nasibnya nanti. Jika PAS keluar, memang panas kerusi Azmin. Silap-silap, pemimpin PAN pula naik jadi Menteri Besar. Jangankan ‘langkah Kajang’, langkah Pak Malau pun boleh tempang jadinya…

    Namun masih lagi DAP mahu nafikan mereka menjadi ‘de facto’ Pakatan Harapan? Mahu kendurkan sedikit pendirian supaya tidak terlalu jelas menguasai Pakatan Harapan untuk meraih undi rakyat? Silakanlah berbuat demikian.

    Walau bagaimanapun, penulis suka mengingatkan parti hebat yang mampu ‘mengawal diktator’ itu bahawa rakyat di negara ini bukannya terlalu bodoh seperti yang disangka mereka. Pemimpin BN tidak perlu sebut pun kita boleh nampak, kan?

    -Mykmu

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up