Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • PAN Mahu Guna Populariti Nik Aziz Untuk Hapuskan PAS

    Oleh editor | 21 March 2017 | 11:45 am

     

    PARTI serpihan PAS, Parti Amanah Negara atau PAN yang dipelopori oleh pemimpin akrab DAP iaitu Mohamad Sabu berhasrat untuk menganjurkan Seminar Pemikiran Ikon Lagenda PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

     

    Walaupun tidak lagi berjuang atas nama dan semangat PAS, namun para pemimpin PAN dilihat masih belum mampu untuk menjauhkan diri mereka dari pengaruh bekas Mursyidul Am itu.

     

    Apapun, langkah ‘janda PAS’ ini nampak lebih kearah mahu menghapuskan pengaruh PAS dalam kalangan bangsa Melayu yang cenderung kepada agama Islam, walaupun pada hakikatnya ‘Islam pada PAN’ nampak boleh dipertikaikan – melalui presidennya sendiri.

     

    Bagi mereka, sokongan bangsa Melayu yang cenderung kepada keagamaan masih menyanjung tinggi Nik Aziz walaupun telah lebih dua tahun pergi meninggalkan kita.

     

    Atas faktor itulah, PAN menganjurkan seminar yang pada hakikatnya tiada kena mengena dengan perjuangan mereka sekarang ini yang lebih kearah DAP.

     

    Tidak mustahil PAN mempergunakan populariti Nik Aziz dalam kalangan bangsa Melayu untuk tujuan menghapuskan perjuangan PAS.

     

    Tindakan ini agak keji kerana ia mengalahkan anak allahyarham sendiri yang tidak pun sanggup mempergunakan nama dan populariti ayahandanya sendiri.

     

    Buktinya, Nik Abduh Nik Aziz tidak pun berjaya merebut kerusi Timbalan Yang di Pertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa baru-baru ini. Jika beliau mahu menang, sudah tentu pengaruh dan populariti ayahandanya dahulu akan digunakan semaksima yang boleh.

     

    Seperti pepatah Melayu berbunyi ‘lebih kuah dari sudu’, begitulah perangai PAN sekarang ini demi semata-mata mahu mencari pengaruh undi dalam kalangan bangsa Melayu dan menjatuhkan kekuatan PAS. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up