Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Ibu Mengidam, Lahir Anak Cacat Seumur Hidup

    Posted by editor | 21 March 2017 | 21

     

    Kes ini berlaku pada tahun lalu dan ini adalah luahan dari follower 9 Bulan 10 hari. Gara-gara mengidam mangga muda, Aisyah ditendang suami semasa hamil enam bulan. Akibat dari kejadian itu, anaknya disahkan cacat seumur hidup! Allah..

    Mereka bercinta, berkahwin, bunting pelamin dan semuanya baik-baik saja sebelum ini. Tetapi apabila masuk part Aisyah meluahkan yang dia mengidam sesuatu, suaminya rasa Aisyah mengada-ngada.

    “Banyak kali saya diam kak, sebab saya tahu suami saya tak suka. Tetapi ada sekali itu, saya teringin nak bau mangga tu. Saya tak tahu nak minta pada siapa. Saya menangis sebab teringin sangat-sangat.

    “Masa itu kandungan berusia enam bulan. Saya minta elok-elok saja dengan suami. Saya siap beritahu, “Kalau tak ada, tak apalah bang,”, dia terus menendang perut saya, kak. Saya terus rebah dan darah keluar.

    “Anak kami disahkan cacat serta-merta sebab tendangan itu kuat sangat.

    “Doctor cakap disebabkan tendangan suami saya berturut-turut di bahagian perut, pinggang dan lutut sehingga saya rebah dan perut terhentak. Itu yang menyebabkan anak kami cacat,” katanya.

    Suami Aisyah mengalami masalah kewangan dan dia mudah baran apabila bercakap soal duit.

    Kini Aisyah sudah selamat melahirkan anaknya. Part sedih bila suaminya semakin tertekan kerana terpaksa menanggung expenses ubat dan setiap hari memohon maaf pada Aisyah di atas kesilapannya itu.

    Anak Aisyah, terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan seumur hidupnya. Allah.. – wj

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up