Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Azmin Ali Sudah Atur Untuk Bertembung Satu Lawan Satu Di PRU14

    Posted by nadilang | 21 March 2017 | 118

     

    Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali telah berjaya mendapat persetujuan semua parti pembangkang utama bagi memastikan hanya pertandingan satu lawan satu antara parti pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dalam Selangor.

    Sumber dalam memaklumkan Mohamad Azmin telah selesai mengadakan rundingan dengan Parti Islam se-Malaysia (PAS) Selangor, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

    Azmin telah berjaya meyakinkan keempat-empat parti ini untuk memastikan pertandingan satu lawan satu biarpun Pas mungkin tidak menyertai Pakatan Harapan secara langsung.

    Pas akan bertanding semula di semua kerusi yang telah dimenangi oleh mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Manakala PAN dan Pribumi akan diagih-agihkan kerusi yang dimenangi Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu.

    Malah PAN menyatakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding di Selangor bagi mengelakkan perpecahan undi dan memastikan kerajaan Pakatan kekal memerintah di Selangor.

    Azmin dikatakan telah berjumpa dengan Tun Ibrahim Tuan Man yang akan membawa perkara ini kepada Pas Pusat untuk pertimbangan. Tuan Ibrahim secara peribadi dikatakan menyokong cadangan Azmin ini.

    Azmin perlu melakukan kerjasama ini kerana tanpa pertarungan satu lawan satu, Selangor pasti tumbang kepada Barisan Nasional seperti yang terjadi kepada kerusi DUN Kota Damansara dan Semenyih pada pilihan raya lalu. Dalam kedua-dua DUN tersebut, kehadiran PSM sebagai calon ketiga menyebabkan BN berjaya memenangi kedua-dua kerusi tersebut.

    Malah tanpa sokongan Pas, Azmin sendiri mungkin akan kalah di DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.

    KERUSI PAS SELANGOR (15): (1)Sabak, (2)Taman Templer, (3)Gombak Setia, (4) Hulu Klang, (5) Lembah Jaya, (6) Chempaka, (7) Dusun Tua, (8) Bangi, (9) Seri Serdang, (10) Paya Jaras, (11) Meru, (12) Selat Klang, (13) Sijangkang, (14) Morib, (15) Tanjung Sepat.

    DAP (15): (1) Sungai Pelek, (2)Teluk Datuk, (3)Kota Alam Shah, (4) Pandamaran, (5) Sungai Pinang, (6) Damansara Utama, (7) Kampung Tunku, (8) Bukit Gasing, (9) Subang Jaya, (10)Kinrara, (11) Seri Kembangan, (12) Balakong, (13) Teratai, (14) Sekinchan dan (15) Kuala Kubu Bharu.

    PKR sebanyak 14 DUN: (1)Ijok, (2) Rawang, (3) Batu Caves, (4) Bukit Antarabangsa, (5) Batu Caves, (6) Kajang, (7) Seri Setia, (8) Taman Medan, (9) Bukit Lanjan, (10)Kota Anggerik, (11) Batu Tiga, (12) Seri Andalas (13) Muda dan (14) Pelabuhan Klang.

    Barisan Nasional (BN) (12): (1) Sungai Air Tawar, (2) Sungai Panjang, (3) Hulu Bernam, (4) Batang Kali, (5) Sungai Burong, (6) Permatang, (7) Bukit Melawati, (8) Jeram, (9) Kuang, (10) Semenyih, (11) Kota Damansara dan (12) Dengkil.

    ** DUN Pelabuhan Klang (PKR) dan Teluk Dato (DAP) kini menjadi ADUN Bebas setelah Khalid Ibrahim isytihar keluar PKR dan Loh Chee Heng dipecat dari DAP.

    Oleh : Amin Yatim

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up