Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Benarkah Zairil Dan Dyana Sofya Dalam Video Itu? Kami Ada Jawapannya…

    Posted by nadilang | 10 March 2017 | 8:08 am | 7144

     

     

    DALAM keriuhan masyarakat antara negara Malaysia dan Korea Utara ‘berperang’ dalam gelanggang sendiri, timbul pula secara tiba-tiba sebuah video rakaman dua orang pemimpin politik sedang seronok berpelukan sambil menari.

     

    Pemimpin tersebut dipercayai Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera dengan Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

     

    Apabila mula tular di media sosial video selama 15 saat itu, rata-rata netizen tampil membuat tekaan rambang dengan mengaitkan lelaki yang sedang dipeluk sambil menari itu adalah Zairil.

     

    Pada mulanya, identiti perempuan itu tidak dikenali siapa kerana ia hanya membelakangkan kamera. Namun, netizen tetap mengagak bahawa ia adalah Dyana Sofya. Ini rentetan daripada beberapa keping gambar yang tular antara kedua-dua mereka sedang bercumbu beberapa tahun lalu.

     

    Justeru, para netizen tidak melepaskan peluang ini untuk mengaitkan perkara sedemikian kepada mereka berdua.

     

    Namun, apabila timbul pula rakaman siri kedua dari sudut berbeza pula, maka identiti perempuan berkenaan agak lebih jelas mirip Dyana Sofya.

     

    Apa perkaitannya?

     

    Pada akhir tahun 2016 lalu, portal Tv14 pernah mempersoalkan tentang tujuan sebenar Dyana Sofya menghilangkan diri hampir setahun untuk ke Kota London. Ini kerana, ramai netizen menuduh bahawa kehilangan bekas calon PRK Teluk Intan itu adalah bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan dirinya yang dikatakan sedang mengandung pada ketika itu.

     

    Bagaimanapun, portal Tv14 tiada jawapan kepada pertuduhan netizen berkenaan. Hanya mampu mengulang siar sebuah poster yang pernah tular sekitar tahun 2015 yang lalu ;

     

    poster yang tular di media sosial sehingga di jawab oleh Dyana Sofya sendiri secara pantas

     

    Maka tidak mustahil rakaman video berkenaan sebenarnya telah lama wujud, namun ia baru sahaja dibocorkan pada hari ini. Soalnya mengapa hari ini baru dibocorkan? Hanya si pembocor itu sahaja yang mengetahui jawapannya.

     

    Walaupun Zairil sudah tampil membuat penjelasan dan penafian bahawa lelaki yang wujud dalam rakaman video itu bukanlah dirinya, namun netizen di Malaysia ini terkenal dengan sifat degilnya. Mereka tidak menerima jawapan yang diberikan Zairil tersebut.

     

    Lalu, dengan kepakaran yang mereka ada, pelbagai siri poster pembuktian telah mula tular sejurus selepas Zairil buka mulut ;

     

     

    Tidak cukup dengan itu, sebuah laman blog mendedahkan bahawa, menurut sumber rapat dengan isteri Zairil mengesahkan lelaki dalam video berpelukan mesra dan menari adalah suaminya.

     

    “Saya dah malas fikir hal ini sebagai isteri Zairil siapa tak kecewa. Semua wanita di luar sana pasti kecewa. Apa lagi saya boleh lakukan”. kata isteri Zairil.

     

    Namun, portal Tv14 tidak berjaya untuk mengesahkan perkara ini yang sebenarnya.

     

    Zairil dan kaki perempuan?

     

    Sebenarnya, kisah skandal percintaan dengan pelbagai jenis bukti intim dan menjolok mata antara Zairil dengan Dyana telah lama diketahui umum. Ia mula timbul semasa Dyana tampil menjadi calon DAP di PRK Teluk Intan suatu ketika dahulu.

     

    Namun, cerita berkenaan kembali sejuk apabila Dyana kalah dan beberapa ketika selepas itu cuba lari ke Kota London, dengan tujuan sambung belajar katanya.

     

    Malah, dari sumber rakan-rakan media pula menceritakan bahawa Zairil sebenarnya pernah memiliki skandal sebegini bukan sahaja dengan Dyana, sebaliknya dikatakan pernah mempunyai skandal dengan wartawan perempuan dari sebuah portal terkemuka tanah air.

     

    Cerita ini amat sinonim dari kalangan pengamal media. Cuma, tiada sebarang bukti sahih yang dapat membuktikan cerita mulut ke mulut tersebut.

     

     

    Inilah pemimpin DAP

     

    Sebagai sebuah parti yang bersifat sekular, maka tidak mustahil para pemimpinnya mampu untuk berkelakuan sedemikian. Jadi, adakah ini ciri-ciri pemimpin yang mahu rakyat angkat dan dijadikan sebagai idola masyarakat kita?

     

    Masih tidak cukupkah segala pembuktian setakat ini yang menunjukkan betapa buruknya perangai para pemimpin DAP, khususnya anak-anak muda dalam parti tersebut?

     

    Apapun, jangan terkejut jika selepas ini akan muncul lagi siri-siri berikutnya yang menunjukkan bukti bahawa para pemimpin muda DAP seperti ini adalah mereka yang bersikap kotor, tidak bermoral dan memalukan. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up