Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Tindakan Halau Dr Zakir Naik, Hindraf Dianggap Tidak Bertamadun

    Posted by nadilang | 3 March 2017 | 59

     

    Dua hari lalu, sembilan belas orang termasuk Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy, Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee dan peguam Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah kontroversi dari India, Zakir Naik.

    Mereka mendakwa pendakwah dari India itu individu yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

    “(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.

    “(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia,” kata Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu.

    Dalam dokumen mahkamah itu, mereka mendakwa bahawa ajaran Zakir menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan berbilang kaum dan keamanan di Malaysia.

    Bagaimanapun, tindakan sekumpulan tersebut disifatkan sebagai tidak bertamadun.

    Ini kerana boleh setuju atau tidak bersetuju dengan Zakir Naik mengenai pendekatan beliau ketika berhujah dan berdakwa.

    Tetapi apabila mahu menghalau beliau daripada Malaysia kerana usaha dakwah beliau dianggap satu tindakan yang tidak bertamadun.

    Pihak berkenaan perlu juga menjaga hati orang Islam yang majoriti di Malaysia. Orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu begitu sensitif tentang agama.

    Walaupun sikap dan tingkah laku, pakaian, pergaulan tidak menggambarkan sebagai seorang Islam, namun tetap sensitif dengan Islam. Mereka akan pertahankan Islam walaupun dengan apa cara sekalipun.

    Apa dosa dan salah Zakir Naik sehingga hendak bertindak kasar sebegitu rupa dan bersungguh mahu halau beliau daripada Malaysia?

    Selain itu, tindakan pihak berkenaan juga dilihat seperti cuba ‘test market’ untuk menentang RUU 355, namun masih tidak mendapat sambutan di kalangan orang Islam.

    Jika dilihat golongan ini bukan sahaja tidak mahu syariat Islam, malahan pengawalan moral pun mereka tidak mahu kerana mereka mahu Malaysia seperti negara barat.

    Mungkin golongan ini tidak sedar bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ialah Malaysia.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up