• Carian
  • Media Sosial
  • Raja Salman Datang Untuk Menutup Mulut Pengkritik Najib?

    Posted by nadilang | 26 February 2017 | 480

    ERATNYA hubungan Malaysia-Arab Saudi terbukti dengan pemilihan Malaysia sebagai negara Islam pertama di rantau ini dilawati Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bermula esok. Bukan Indonesia yang memiliki umat Islam terbanyak pilihan pertama, tetapi Malaysia.

     

    Lawatan Raja Arab Saudi ini sekali gus akan menutup mulut pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kononnya Malaysia terlalu `berkiblatkan’ China.

     

    Kunjungan Raja Salman ke negara ini merupakan detik bersejarah kerana beliau akan diiringi ratusan anggota delegasi. Lebih menarik lagi pemimpin ini akan membawa bersama ratusan ahli perniagaan.

     

    Ini bermakna Arab Saudi cukup berkeyakinan dengan reputasi Malaysia sebagai negara Islam yang pesat membangun.

     

    Meskipun fakta ini dinafikan oleh segelintir pihak termasuk pembangkang, namun kepercayaan negara minyak ini membuktikan kepimpinan Najib terus diyakini oleh Arab Saudi yang menjadi tonggak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

     

    Dijangka, dalam lawatan empat hari ini, Raja Salman akan menyaksikan hampir 10 perjanjian termasuk memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Kuala Lumpur-Riyadh.

     

    Salah satu daripada perjanjian itu membabitkan dua syarikat terbesar milik negara iaitu Saudi Aramco dan PETRONAS yang bakal memberi manfaat kepada negara ini dan rakyatnya.

     

    Perjanjian bilateral antara Arab Saudi dan Malaysia berada pada kedudukan trajektori ke atas yang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan.

     

    Iaitu meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun lalu sahaja, menjadikan jumlah keseluruhan RM13.12 bilion.

     

    Ketika ini, Arab Saudi adalah antara rakan dagangan terbesar Malaysia.

     

    Pelaburan Arab Saudi di Malaysia dijangka mewujudkan beribu pekerjaan dan kita berbangga bahawa syarikat Malaysia telah terpilih untuk melaksanakan projek-projek di lokasi-lokasi berprestij di Arab Saudi.

     

    Ini termasuk operasi Metro Southern Al Masheer Mugaddassah di Mekah – tren khusus untuk jemaah Haji – dan juga kerja-kerja di Jambatan Jamarat dan kawasan sekitar di Mina.

     

    Malah, kita juga amat berbangga bahawa seorang rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan yang merekabentuk Menara Jam Hotel Diraja Mekah yang tersergam indah menghadap Masjid al-Haram.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up