Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Terbaru!! WhatsApp Status – Fungsi Seumpama FB Stories & Instagram Stories

    Oleh editor | 21 February 2017 | 11:25 am

     

    Selepas beberapa ketirisan sebelum ini, kini WhatsApp turut memperkenalkan fungsi seumpama Facebook Stories dan Instagram Stories pada aplikasi mereka, dinamakan sebagai WhatsApp Status.

    Seperti ramai sedia maklum, WhatsApp sedia menyediakan fungsi “Status” pada aplikasi mereka sejak sekian lama. Walaubagaimanapun, ia sekadar perkongsian teks, dan pengguna perlu secara manual melihat profil anda untuk membaca status teks yang dikongsikan – atau melihatnya melalui buku alamat.

    Kini, perkara berkenaan berubah. WhatsApp mengatakan kini “Status” berevolusi, dan membolehkan pengguna merakamkan gambar atau video, seterusnya menambah emoji atau teks sebelum ia dikongsikan bersama rakan-rakan lain di WhatsApp.

    Berbeza dengan sebelum ini juga, WhatsApp membuat perubahan pada antaramuka, dan kini menyertakan tab khusus dinamakan Status untuk memaparkan kemaskini daripada rakan-rakan anda.

    Seperti biasa, pengguna boleh berinteraksi dan secara tidak langsung menjadikan aplikasi WhatsApp lebih sosial berbanding sebelum ini. Pelbagai perkongsian yang dilakukan juga akan hilang selepas tempoh 24 jam, dan WhatsApp mengatakan perkongsian ini melalui penyulitan – sama seperti penghantaran dan penerimaan mesej supaya ia tidak dilihat pihak ketiga.

    WhatsApp mengatakan fungsi ini diperkenalkan bersempena dengan ulang-tahun ke-8 mereka yang jatuh pada 24 Februari ini. Seperti kebiasaan, WhatsApp akan memperkenalkan ciri baru ini secara berperingkat kepada semua pengguna – sama ada Android, iOS atau Windows Phone – bermula hari ini.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up