Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Sebenarnya Dr M Takut Kepada Lim Kit Siang

    Posted by fatty | 23 January 2017 | 11:30 am | 80

     

    Kelakuan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini bukan sahaja menyaksikan dirinya umpama balaci dan pengampu kepada DAP dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

    Malah lebih menyerlah apabila baru-baru ini tindakan Mahathir yang salah langkah dan cepat-cepat memperbetulkan kesalahannya itu dengan membuat U Turn, nampak sangat yang Mahathir sebenarnya takut kepada Kit Siang.

    Sebelum ini dalam satu ceramahnya di Majlis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)… Mahathir mendedahkan bahawa DAP ada meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana menteri. Tak pasti jawatan itu dipohon untuk siapa tapi dengar kata untuk Kit Siang.

    Akibat teruk dihentam dan Mahathir dianggap sebagai sanggup melakukan apa sahaja demi DAP serta mendapatkan jawatan tersebut untuk Kit Siang, Mahathir cuba memutarbelitkan pula kenyataan.. Mahathir tak ubah diibaratkan sebagai kuli kepada pemimpin DAP tersebut.

    Kini, buat pertama kalinya Mahathir secara terbuka memperbetulkan kesalahannya demi membersihkan semula nama Kit Siang yang dikutuk netizen kononnya masih gila kuasa dan tak sedar diri untuk menjawat jawatan tersebut.

    Persoalannya kini, kenapa Mahathir begitu takut pada Kit Siang sehingga dia sanggup mengakui ada tersilap cakap? Sebelum ini Mahathir bukanlah seorang yang senang-senang untuk mengaku salah.

    Yang peliknya, dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)…, Mahathir langsung tidak terfikir untuk menarik semula kenyataannya setelah menuduh wang sumbangan itu sebagai rasuah.

    Bukan tu je, kritikannya terhadap tajaan haji oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang konon tak dapat haji mabrur tu pun Mahathir diamkan dan bertegas dengan tuduhan itu.

    Kenapa Mahathir tak tarik semula tuduhannya seperti dia mempertahankan DAP? Mahathir sanggup pertahankan Kit Siang apabila menarik semula kenyataannya dan mendakwa yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri ialah MCA bukannya DAP.

    Dari situ rakyat boleh nilai dan lihat keberadaan Mahathir yang sebenarnya dalam DAP. Mahathir diibaratkan sebagai haiwan belaan yang diikat tali pada lehernya… Tak keterlaluan jika dikatakan dia hanya dibenarkan menyalak pada musuh atas arahan tuannya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up