• Carian
  • Media Sosial
  • Azmin Ali Terlalu Sibuk Untuk Fikir Masalah

    Posted by fatty | 23 January 2017 | 108

     

    Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat seolah-olah ‘tiada masa’ untuk memikirkan permasalahan rakyat kerana hanya sibuk berpolitik.

    Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Azmin gagal untuk menyelami denyut nadi rakyat dan hanya tahu berdolak dalih.

    “Menteri Besar Selangor mana ada masa untuk fikirkan masalah rakyat dan menyelami denyut nadi rakyat, bila timbul isu beg plastik beliau kata rakyat sokong tetapi hakikatnya ramai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah.

    “Bercakap pula banyak berdolak dalih di mana peraturan pun masih belum ada tetapi diserahkan pula kepada pemilik perniagaan untuk tentukan sama ada mahu mengenakan caj 20 sen atau tidak. Ini kerana Azmin hanya sibuk berpolitik,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin yang menyerahkan kepada premis untuk membuat keputusan sama ada mahu mengenakan caj 20 sen atau sebaliknya dalam kempen hari tanpa beg plastik yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

    Azmin katanya, gagal untuk menyelesaikan isu caj beg plastik sehinggakan sanggup serahkan kepada pihak lain untuk menyelesaikannya.

    “Beliau tidak boleh lepas tangan dalam isu ini, sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu bertanggungjawab.

    “Beliau tidak boleh serahkan kepada Exco sahaja untuk menyelesaikan permasalahan ini dan perlu memahami denyut nadi rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Program Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina Parlimen Tanjong Karang yang diadakan di Kampung Tiram Setia, di sini, hari ini.

    Malah katanya, Azmin dilihat terlalu ego dan yakin bahawa apa yang mereka jalankan diterima oleh rakyat.

    “Kerana itu mereka tidak ambil peduli tentang rakyat asalkan mereka dapat mencapai matlamat politik. Nak menyusun kerusi, nak menyusun kepimpinan negara seolah-olah esok nak pergi ke Putrajaya.

    “Saya harap rakyat di negeri Selangor sedar, Azmin nak fikir masalah sampah, masalah bola sepak, masalah air, masalah denggi pun tiada masa, malah kenyataan dengan presiden partinya sendiri pun kadang-kadang bercanggah, jadi kesian Menteri Besar Selangor, banyak masalah dia,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up