• Carian
  • Media Sosial
  • Persembahan Dan Persefahaman Pemain Kian Memberangsangkan – Amri

    Posted by editor | 11 January 2017 | 3

     

    Melaka: Walaupun tidak menjaringkan gol, kapten Harimau Malaysia Amri Yahyah (gambar) tetap berpuas hati dengan persembahan pemain Melaka United (MU) sepanjang tujuh hari mengharungi aksi pramusim di Kemboja.

    Menurutnya, banyak perkara dipelajari sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan di negara berkenaan termasuk ketika berdepan juara dan naib juara Liga-K.

    Katanya, keputusan perlawanan adalah soal kedua namun apa yang lebih utama persembahan dan persefahaman pemain kian memberangsangkan dalam tiga pertemuan di sekitar Phnom Penh.

    Walaupun dia yang lebih mesra disapa Wak Am dan beberapa pemain utama tidak diturunkan pada perlawanan kedua, perancangan jurulatih Eric Williams mencuba kebolehan semua pemain dilihat membuahkan hasil.

    “Perlawanan ketiga berdepan juara Kemboja Boeung Ke Angkor (BKA FC) berlangsung sengit berkesudahan seri 2-2. Namun, kami masih memerlukan sedikit masa untuk membentuk persefahaman yang lebih jitu serta meyakinkan.

    “Pasukan lawan memiliki barisan pemain bagus, rajin dan dedikasi. Malah, perlawanan berdepan mereka amat positif dalam menyuntik motivasi kepada saya dan rakan sepasukan,” katanya.

    Pada perlawanan berdepan BKA FC, Williams meletakkan Amri sebagai pemain tengah dengan barisan depan diketuai Ilja Spasojevic, Sergio Aguero dan Syed Sobri.

    Gandingan berkenaan kelihatan menjadi dengan Spasojevic dan Aguero masing-masing meledak satu jaringan dengan Amri turut memiliki peluang menghasilkan gol.

    Pada perlawanan pertama menentang ARMY FC, Melaka tewas 1-3 sebelum menang 3-0 ke atas Asia Euro United pada aksi kedua.

    Williams memberi peluang kepada semua anak buahnya pada perlawanan berkenaan dan menurunkan kesebelasan utama pada aksi ketiga menentang BKA FC.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up