• Carian
  • Media Sosial
  • Penjawat Awam Paling Banyak Hutang Kerana Gaya Hidup

    Posted by editor | 11 January 2017 | 8:41 am | 412

    Hiasan

    ​Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan kebimbangan dengan kadar keberhutangan yang tinggi segelintir penjawat awam dan mahu ketua jabatan memantau gaya hidup warga kerja masing-masing.

    Menurutnya, beliau dimaklumkan ada penjawat awam membawa pulang gaji sifar ke rumah kerana gajinya dipotong untuk membayar hutang.

    “Ada yang ‘take home pay’ (gaji yang dibawa pulang) penjawat awam kurang daripada 40 peratus yang kita syaratkan. Ada yang kosong peratus.

    “Kita lihat ada yang ingin hidup mewah dan pada masa sama banyak meminjam sehingga membawa gaji kosong ringgit ke rumah. Perkara ini perlu diatasi,” katanya pada majlis penganugerahan surat kenaikan pangkat pegawai pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana di Putrajaya.

    Beliau meminta Jabatan Akauntan Negara dan ketua jabatan memantau penjawat awam yang tidak berbelanja secara berhemah.

    “Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga meminta Jabatan Akauntan Negara meneliti potongan gaji penjawat awam,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up