• Carian
  • Media Sosial
  • Pembangkang Suka Buat Tuduhan Yang Tidak Berasas Terhadap Kerajaan

    Posted by fatty | 11 January 2017 | 10

     

    Kerajaan Umno/BN sering tidak terlepas daripada menjadi mangsa tuduhan tidak berasas pihak pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

    Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan bertujuan untuk mengelirukan rakyat dalam meraih undi mereka.

    Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menyifatkan bahawa semua ini merupakan modal pembangkang di Malaysia dalam memburuk-burukkan kerajaan.

    “Selagi boleh, semua benda akan dicari dan digali untuk memburuk-burukkan kerajaan, semuanya yang dirasakan buruk ingin didedahkan kepada umum.

    “Dengan cara itu sahaja, perspektif tertentu dapat dicorakkan di dalam minda pengundi seterusnya memberi kesan sewaktu PRU nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

    Persepsi itu penting

    Menurutnya lagi, di dalam arena politik ini sangat penting untuk sesuatu parti mempunyai persepsi yang baik kepada rakyat.

    “Sebagai contoh sewaktu PRU sebelum ini, antara punca mengapa undi popular kerajaan turun adalah kerana persepsi rakyat sendiri yang percaya dengan khabar angin yang didengari mereka.

    “Selain itu, pihak pembangkang juga mempunyai strategi yang berterusan membuatkan rakyat percaya dengan apa yang dikatakan mereka,” katanya lagi.

    Politik kebencian

    Sementara itu mengenai isu politik kebencian ini,beliau beranggapan tidak semua akan terpengaruh dengannya.

    “Mereka yang berpendidikan dan juga pengundi matang tidak akan mudah terpengaruh dengan kempen kebencian ini.

    “Besar kemungkinan mereka akan lebih bersandarkan pada maklumat yang berasas dan tidak semata-mata mengharapkan media alternatif sahaja.

    Katanya lagi, zaman kini melihatkan banyak maklumat yang sangat mudah untuk didapati membuatkan seseorang itu harus berhati-hati mempercayai info yang diterimanya.

    “Senang sangat untuk dapatkan maklumat sekarang ini, justeru pengundi haruslah membuat pertimbangan tepat mengenainya.

    “Cuba fahami dan lihat sekiranya ada agenda tertentu di sebalik maklumat tersebut kerana jika tidak berhati-hati, buruk padahnya,” katanya.

    Isu main peranan utama

    Tambahnya lagi, isu juga memainkan peranan utama dalam meraih undi rakyat sewaktu PRU kelak.

    “Jika dilihat, isu-isu yang dimainkan kini ialah kos sara hidup, kenaikan harga minyak, kejatuhan nilai wang ringgit yang nyata memang menjadi kerisauan rakyat.

    “Oleh itu, kerajaan seharusnya bijak untuk mengatasi permasalahan yang membimbangkan rakyat ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang sangat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang,” tambahnya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up