• Carian
  • Media Sosial
  • Negara Kehilangan Pemimpin Berwibawa – Najib Razak

    Posted by editor | 11 January 2017 | 5

    Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat sakit jantung.

    Ketua Menteri Sarawak itu menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan pada pukul 1.20 petang tadi.

    Allahyarham berusia 72 tahun.

    “Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih TS Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Saya akan ke Sarawak untuk ziarah jenazah,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Twitternya.

    Najib berkata, jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar dan menyifatkan Malaysia kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

    “Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya. – MG

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up