Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Muhyiddin Hanya Mahu Kelirukan Rakyat – Khaled Nordin

    Posted by fatty | 11 January 2017 | 217

     

    Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyangkal dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kemasukan ramai pelabur dari China ke negara ini akan menggugat rakyat dan politik Malaysia.

    Menurutnya, kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan hanya bersifat untuk kepentingan politik bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu.

    “Bagi saya, itu semua sekadar mahu menakut-nakutkan orang ramai. Tetapi di Johor, Wilayah Iskandar akan jadi pusat yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    “Kenapa dia (Muhyiddin) tidak suara pandangan ini ketika dia menjawat jawatan TPM. Kenapa sekarang dia timbul isu ini. Mereka hanya mahu mempolitikkan isu ini bagi mendapat sokongan semata-mata,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan kerjanya ke beberapa lokasi sekitar Parlimen Kulai, di sini, hari ini.

    Antaranya Kampung Melayu Seelong, lawatan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra 2, Felda Taib Andak dan lain-lain

    Pada lawatan sama, beliau turut menyampaikan geran hak milik dan notis 5 A kepada 355 penerima.

    Hadir sama; Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani; Adun Bukit Permai, Ali Mazat Salleh; Pegawai Daerah Kulai, Md Zainal Misran dan beberapa Exco kerajaan negeri.

    Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Muhyiddin dalam temu bualnya bersama sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa kemasukan pelabur Cina secara agresif akan menggugat rakyat dan mempengaruhi parti politik di negara ini.

    Muhyiddin mendakwa rakyat tempatan tidak berpuas hati terhadap isu berkenaan yang secara tidak langsung akan membuka peluang dan ekonomi industri di negara ini.

    Sempena lawatan Mohamed Khaled ke daerah ini, kerajaan negeri turut mengumumkan peruntukkan berjumlah kira-kira RM117.75 juta bagi tujuan pembangunan di daerah ini.

    “Ia turut membabitkan pembinaan pusat pentadbiran daerah Kulai berjumlah RM60.3 juta; enam buah Sekolah Agama bernilai RM40 juta; Masjid Jalan Cengal di Bandar Putra sebanyak RM4 juta dan sebagainya,” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up