Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Mata Penuh Darah Lepas Dipijak Di Festival Muzik

    Posted by kal-el | 11 January 2017 | 3

     

    VICTORIA – AUSTRALIA. Sepasang mata seorang wanita dipenuhi darah selepas beliau dirempuh dan dipijak oleh hadirin sebuah festival muzik di Lorne.

    Laporan Dailymail mengatakan Maddy, 22 adalah salah seorang dari 19 hadirin yang cedera selepas dirempuh dan dipijak dalam sebuah insiden di festival berkenaan pada 30 Disember lepas.

    Maddy mengatakan beliau juga diseret dan tidak mampu bernafas selepas berpuluh-puluh hadiri ‘berdiri’ di atas badannya.

    “Saya cuba menjerit sehingga hilang suara kerana udara dipaksa keluar dari paru-paru akibat dipijak. Saya gagal gerakkan anggota badan.

    “Saya fikir saya akan mati, kemudian saya pitam,” kata Maddy mengingati kejadian ngeri berkenaan.

    Maddy yang bekerja sebagai pembantu kedai terpaksa meletak jawatan kerana kecederaannya parahnya.

    Beliau juga tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat.

    Doktor mengatakan Maddy akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya.

    Sementara itu, penganjur festival, Falls Festival memohon maaf atas kejadian berkenaan.

    “Kami sangat-sangat berduka kerana ada hadiri yang cedera dalam festival yang diadakan oleh kami.

    “Keselamatan hadirin adalah sangat pentung dan kejadian tersebut sangat mengecewakan kami,” kata Penolong Pengarah Falls Festival, Jessica Ducrou.

    Polis masih menyiasat kejadian tersebut.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up