• Carian
  • Media Sosial
  • Malaysia Dapat Tambah Kuota Haji, Mahathir Taknak Keluar ‘Fatwa’ Baru?

    Posted by editor | 11 January 2017 | 6:15 am | 30

    KEJAYAAN MALAYSIA memperoleh kembali kuota haji asal dari Kerajaan Arab Saudi merupakan petanda baik.

    Ia membuktikan hubungan antara pemerintah negara suci Islam itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat rapat dan kekal mesra.

    Dalam masa sama, penerimaan semula 27,800 kuota haji ini secara sinisnya menunjukkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak benar.

    Sebelum ini Pengerusi PPBM itu berkata jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB adalah tidak mabrur kerana dibiayai menggunakan wang curi.

    Walau bagaimana pun, Mahathir tidak berjaya memberi bukti atas tuduhannya itu.

    Soalnya sekarang, mampukah pula Mahathir membuat serangan baharu bahawa kouta sebanyak 27,800 yang baru sahaja kita peroleh ini dimabrurkan atau tidak?

    Tidak mahukah Mahathir memberi ‘fatwanya’ terhadap kejayaan Kerajaan Malaysia kali ini? –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up