Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Luis Enrique Sokong Keputusan Pemain Tidak Ke Zurich

    Posted by kal-el | 11 January 2017 | 7

     

    BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Luis Enrique menyokong penuh keputusan anak-anak buahnya yang tidak menghadiri majlis anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

    Enrique, berkata dia 100 peratus berada di belakang pemainnya selepas mereka memilih untuk tidak menghadiri majlis yang berlangsung di Zurich, Switzerland itu, di mana bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2016.

    Pengendali The Catalan itu berkata, keputusan terletak di tangan pemain sendiri sama ada untuk menghadiri majlis itu atau sebaliknya. “Sebagai jurulatih, saya hanya boleh menyokong keputusan mereka terutama apabila berdepan dengan situasi yang kami perlu menghadapi perlawanan.

    Itu adalah keutamaan,” katanya. Barcelona sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengesahkan Lionel Messi dan rakan sepasukannya tidak akan ke Zurich dengan memberi keutamaan terhadap persiapan pasukan menghadapi Atletic Bilbao dalam aksi kedua pusingan 16 terakhir Piala Raja Sepanyol, awal pagi esok.

    Anak buah Enrique yang juga juara bertahan, tewas 2-1 pada aksi pertama. Messi di tempat kedua juara dalam anugerah pemain terbaik dunia. Tiga lagi pemain Barcelona turut disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik dunia dan video rakaman Andres Iniesta disiarkan ketika majlis berkenaan.

    “Sebagai kapten Barcelona, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada FIFA dan FIFPro kerana memberikan anugerah ini. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis kerana ada perlawanan penting untuk diharungi musim ini,” katanya. – AP

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up