• Carian
  • Media Sosial
  • Lawatan Zahid Ke China Untuk Kekalkan Hubungan Akrab

    Posted by editor | 11 January 2017 | 3

    Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia amat positif terhadap unjuran perniagaan untuk tempoh separuh pertama tahun ini, demikian menurut Indeks Keyakinan Perniagaan pertama RAM Holdings Bhd (RAM) hari ini.
    Duta Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya berkata tujuan utama lawatan enam hari itu ialah untuk meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama erat Malaysia-China, selain meneruskan momentum kejayaan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lepas.
    Lawatan ini juga bagi menyusuli perbincangan Ahmad Zahid dan Menteri Keselamatan Awam China Guo Shengkun berhubung isu keselamatan dan jenayah antarabangsa semasa lawatan pertama beliau selaku Timbalan Perdana Menteri ke republik itu pada Februari tahun lepas, kata Zainuddin.
    Lawatan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah atas jemputan Guo dan beliau dijangka tiba di sini pada 5 petang ini waktu tempatan.
    Bercakap kepada media Malaysia semalam, Zainuddin berkata sebaik tiba, Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan dengan Gou, disusuli majlis makan malam yang dihoskan oleh Menteri Keselamatan China itu.
    Zainuddin berkata esok, Timbalan Perdana Menteri dijadualkan bermesyuarat dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Pusat Parti Komunis China Meng Jianzhu.
    Perbincangan antara lain mengenai inisiatif antikeganasan melalui Pusat Serantau Digital bagi Memintas Mesej melalui Komunikasi yang ditubuhkan di Malaysia dan kerjasama menangani isu-isu keselamatan yang lain.
    Beliau berkata pada 13 Jan, Ahmad Zahid dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Wilayah Yunan di Kunming.
    Topik perbincangan termasuk amalan terbaik wilayah itu dalam memerangi jenayah keganasan dan radikalisme serta isu-isu kepentingan bersama, katanya.
    “Di Kunming juga Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Jabatan Keselamatan Awam dan Biro Pentadbiran Penjara Wilayah Yunan serta melawat Muzium Narkotik pada 14 Jan,” kata Zainuddin.
    — BERNAMA

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up