Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Kit Siang Beri Alasan Bacul, Kata Pemuda Penang

    Posted by editor | 11 January 2017 | 153

    Alasan Penasihat Dap Lim Kit Siang tidak mahu menyaman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kononnya tidak berminat berurusan dengan orang yang telah hilang kehormatan, kredibiliti dan tidak layak dihormati adalah satu alasan dangkal dan bacul, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

    Jelasnya, yang mencabar untuk disaman adalah Tunku Aziz (bekas Timbalan Pengerusi Dap) tetapi mengapa pula media yang disaman dan dijadikan kambing hitam sedangkan media hanya melaporkan apa dakwaan Tunku Aziz iaitu wujudnya pakatan rahsia antara Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

    “Yang lebih dramatik adalah Kit Siang hanya menyaman akhbar dan media massa yang dikatakan pro kerajaan… mengapa tidak mengambil tindakan saman terhadap portal Malaysiakini yang juga menyiarkan perkara yang sama.

    “Mengapa ada pilih kasih di sini… jika dahulu Perdana Menteri mengambil tindakan saman terhadap portal tersebut, pemimpin pembangkang akan menuduh dan pukul canang kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak menyekat kebebasan media.

    “Tetapi bila kena batang hidung sendiri, tidak pula mereka kata kebebasan media telah disekat… mereka tuduh pula media fitnah…

    “Sepatutnya Kit Siang saman Tunku Aziz atau sebenarnya dia takut kebenaran akan terdedah sekiranya dengan menyaman Tunku Aziz segalanya akan terbongkar di mahkamah,” ujarnya kepada UMNO-Online.

    Tambah Rafizal, sebenarnya Kit Siang tidak berani untuk mencuit Tunku Aziz jadi hanya dengan tindakan saman dapat menyekat media dari terus menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku Aziz.

    Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang sekali lagi mencabar agar Kit Siang untuk menyaman dan membuat akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Tunku Aziz.

    “Kit Siang juga sebenarnya sedar Tunku Aziz mempunyai maklumat yang banyak berkaitan salahlaku dan rasuah yang berleluasa di dalam parti Dap, kerana itulah mereka terpaksa telan sahaja apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz.

    “Pemuda yakin dan percaya, Dap tidak akan berani untuk mengambil tindakan terhadap Tunku Aziz walaupun selepas ini mungkin akan ada lagi pendedahan yang akan dibuat oleh Tunku Aziz,” katanya lagi. – MediaUMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up