• Carian
  • Media Sosial
  • Khidmat Affendi Rosli Kembali Ditagih SCK

    Posted by editor | 11 January 2017 | 27

     

    Kuala Lumpur: Meninggalkan Harian Metro Y-TEQ SCK pada 2015 untuk bersama PETRONAS Yamaha-CKJ, khidmat Affendi Rosli kembali ditagih pasukan itu.

    Affendi kini bakal kembali bersama Harian Metro Y-TEQ SCK untuk mengharungi musim baharu 2017.

    Katanya, impiannya bersama Yamaha untuk membantu pasukan itu bergelar juara sudah tercapai pada 2015, justeru dia perlu kembali bersama SCK, pasukan yang membantunya mencapai kemuncak karier sehingga bergelar juara Asia pada 2009.

    “Tahun ini saya akan kembali bersama SCK selepas kontrak bersama Yamaha tamat.

    “Saya berjanji untuk membawa pasukan itu kembali gah dalam saingan cub prix,” katanya.

    Katanya, bakal menggunakan jentera 150cc, pengalamannya sebagai pelumba senior amat diperlukan terutama bagi mendapatkan penyelarasan terbaik dengan perubahan teknologi dan inovasi dalam perlumbaan itu.

    Affendi berkata, dia bertekad untuk membawa SCK kembali menyerah dalam kancah perlumbaan dan dia yang kini bergelar anggota polis berharap pengalamannya mampu membantu selepas Norizman Ismail memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu.

    Menurutnya, dia amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kebenaran kepadanya untuk terus berlumba.

    Musim lalu Yamaha CKJ menamatkan saingan di kedudukan kedua keseluruhan selepas muncul juara musim 2015.

    Pencapaian terbaik Affendi bersama pasukan Yamaha CKJ adalah menduduki tempat kedua keseluruhan pada tahun sama apabila ketinggalan 21 mata kepada Ahmad Fazrul Sham dari pasukan Yamaha AHM.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up