Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Kerajaan Azmin Ali Bagi ‘Dedak’ Kepada Tokey-Tokey Kedai Di Selangor?

    Oleh editor | 11 January 2017 | 12:40 pm

    gambar asal dari Kosmo

     

    RAKYAT SUDAH MULA benggang dan marah terhadap tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Mereka menyifatkan seolah-olah kehidupan seharian yang mereka sedang kecapi berada di bawah pemerintahan ‘kerajaan kartun’.

     

    Semuanya berlaku gara-gara Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Harapan menguatkuasakan peraturan beg plastik untuk setiap premis kedai di negeri tersebut wajib dibeli dengan harga 20 sen seunit.

     

    Jika dahulu kempen ‘hari tanpa beg plastik’ itu hanya dilakukan pada setiap Sabtu, namun semasa pemerintahan Datuk Seri Azmin Ali ini, setiap hari adalah ’20 sen untuk setiap unit beg plastik’.

     

    Mustahil pengguna (rakyat) hanya akan menggunakan seunit beg plastik sahaja jika barang keperluan yang mereka beli itu banyak, sebaliknya paling tidak empat atau lima unit beg plastik perlu untuk mereka gunakan bagi tujuan membawa pulang barangan yang telah dibeli.

     

    Beberapa persoalan ditimbulkan melalui ‘idea gila’ dari Elizabeth Wong dan kerajaan Azmin Ali ini, antaranya adalah mengapa dengan alasan mahu menjaga kualiti alam sekitar, namun masih ada aktiviti menjual beg plastik?

     

    Jika ikhlas Kerajaan Negeri Selangor mahu menjaga alam sekitar, adalah lebih cerdik jika dimansuhkan terus beg plastik dan ditukar kepada apa-apa beg yang mesra alam.

     

    Persoalan keduanya pula mengenai hasil kutipan wang daripada penjualan beg-beg plastik berkenaan. Kenama ‘hilangnya’ setiap sen hasil jualan tersebut? Adakah sekadar masuk ke poket tokey kedai atau juga ada ‘ufti’ yang dipungut oleh mana-mana pihak?

     

    Seandainya kita bersangka baik sekali pun – iaitu hasil kutipan wang penjualan beg plastik itu masuk ke poket tokey kedai, maka terbuktilah bahawa peraturan yang dibuat oleh kerajaan Azmin Ali ini membantu menambah pendapatan para tokey kedai di negeri berkenaan.

     

    Sedangkan, pengguna (rakyat) yang rata-ratanya masih di tahap miskin bandar ‘dikerah’ untuk membeli beg plastik paling tidak seminggu beberapa kali dengan harga minimum sebanyak 20 sen.

     

    Kenapa tidak membentuk sebuah peraturan atau mekanisme untuk menambak poket rakyat? Sebaliknya Kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP bertindak memperkenalkan peraturan yang menguntungkan para tokey kedai pula?

     

    Azmin Ali mahu menjawab atau sekadar mendiamkan diri? –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up