Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Faiz Subri Bukan Nak Jadi Cikgu Bahasa Inggeris!!!

    Posted by editor-ii | 11 January 2017 | 12:59 pm | 37

    Faiz Subri menjadi idola dan kebanggaan rakyat Malaysia selepas menjadi pemain bola sepak pertama dari benua Asia memenangi Anugerah Puskas 2016. Kejayaannya meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

    Namun menjelikkan apabila ada penulis yang tidak dikenali, Terence Netto di dalam MalaysiaKini telah mengkritik Faiz kerana ucapan bahasa Inggerisnya sebaik menerima anugerah berkenaan.

    Siapa Terence jika dibandingkan dengan Faiz, yang menempa nama di peringkat antarabangsa. Daripada banyak aspek positif yang boleh diketengahkan, Terence memilih untuk menulis aspek negatif dengan memilih tajuk `If Only Faiz Could Speak’.

    Ia memperlihatkan bagaimana naifnya penulis tersebut yang menjadikan bahasa sebagai ukuran, sekali gus menolak kejayaan yang ditempa oleh Faiz.

    Dan disebabkan penulisan berkenaan, penulis terbabit telah dikecam hebat di media sosial. Dalam sukan bola sepak, bakat yang diberikan perhatian, bukannya kebolehan berbicara dalam bahasa Inggeris.

    Meskipun tidak fasih berbahasa Inggeris namun ramai pemain antarabangsa yang menunjukkan bakat yang hebat untuk beraksi, sekali gus menolak aspek negatif yang diutarakan oleh Terence. Di atas padang, bakat dan `otak’ yang menjadi ukuran, bukan kebolehan bahasa Inggeris tahap tinggi.

    Mungkin ini yang dikatakan, berada di bawah tempurung. Keluarlah lihat dunia yang luas ini. Memang senang untuk mengkritik sambil duduk di bangku kerusi empuk di dalam bilik berhawa dingin.

    Cubalah berada di padang dan tengoklah betapa banyak peluh yang perlu menitik untuk mendapatkan peluang sepakan seperti itu.

    Jangan hanya pandai mengkritik dan melihat perkara negatif semata-mata. Berilah kredit kepada Faiz Subri. Tak bolehke meraikannya di atas anugerah yang dimenangi itu? Tiba-tiba ramai pula rakyat Malaysia yang mahu menjadi guru bahasa Inggeris.

    Kepada Faiz Subri, anda telah mengharumkan nama Malaysia, pedulikan sahaja kata-kata negatif yang dilemparkan. Sekurang-kurangnya anda telah memenangi anugerah antarabangsa. Mereka? Entah-entah tendang bola pun tak reti.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up