Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Ibra Dijangka Sempat Cergas Hadapi Liverpool – Mourinho

    Posted by suzein-yana | 11 January 2017 | 0

     

    Jose Mourinho menjangkakan Zlatan Ibrahimovic akan sempat cergas untuk pertemuan getir dengan Liverpool hujung minggu ini.

    Ibrahimovic sekadar menjadi pemerhati ketika Manchester United menentang Hull City dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi yang menyaksikan Juan Mata dan Marouane Fellaini mengesahkan kemenangan 2-0 United.

    Penggempur berpengalaman itu menghasilkan 18 gol daripada 28 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, namun direhatkan akibat masalah kecederaan.

    Mourinho tidak nampak situasi itu sebagai isu tatkala dia cuba merapatkan jurang lima mata di antara skuadnya yang berada di tangga keenam dengan Liverpool yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

    “Zlatan tidak sihat, tiada masalah kerana saya fikir dia tidak apa-apa,” kata Mourinho sejurus tamat perlawanan awal pagi tadi dan menjelaskan pemain pertahanan, Marcos Rojo, dalam keraguan untuk pertemuan hujung minggu ini akibat masalah otot.

    Dengan ketiadaan Ibrahimovic, United bergelut untuk memberi tekanan ke atas Hull di dalam kotak penalti.

    Fellaini yang tidak digemari peminat di Old Trafford, melonjak tinggi untuk menanduk masuk hantaran lintang Matteo Darmian untuk melepasi jangkauan Eldin Jakupovic.

    Fellaini meraikan jaringannya dengan meluru ke arah pengurusnya itu yang kemudian bertindak memujinya.

    Disoal sama ada dia telah membantu Fellaini dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Mourinho berkata: “Ya, sebab itulah saya di sini. Dia seorang yang memiliki mentaliti yang kuat dan dia menghadapi situasi itu dengan baik.

    “Dia tidak gentar untuk beraksi dalam perlawanan berikutnya selepas aksi menentang Everton (kerana menghadiahkan penalti).

    “Dia sangat menakjubkan ketika menentang Reading (kemenangan 4-0 dalam Piala FA). Dia tahu dia adalah pemain penting buat saya.”

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up