Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Hungary Rancang `Bersihkan’ NGO Yang Dibiayai Soros

    Oleh editor-ii | 11 January 2017 | 5:57 pm

    Perdana Menteri Hungary, Victor Orban

    Hungary merancang untuk membersihkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan George Soros susulan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). Trump akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari ini.

    Negara berkenaan yang juga anggota Kesatuan Eropah (EU) akan menggunakan semua medium yang ada untuk membersihkan NGO yang dibiayai oleh Soros, kata Naib Presiden parti pemerintah, Szilard Nemeth.

    “Saya merasakan adanya peluang seperti ini, antarabangsa, disebabkan pilihan raya Trump,” demikian lapor agensi berita Hungary, MTI yang memetik Nemeth sebagai berkata.

    Trump sebelum ini menuduh Soros, 86, menjadi sebahagian daripada kuasa global yang bertanggungjawab terhadap keputusan-keputusan ekonomi, dengan merompak golongan pekerja, merampas kekayaan negara dan menggunakan wang itu ke atas pertubuhan besar serta entiti politik.

    Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban merupakan pemimpin Eropah pertama yang menyokong kempen Trump.

    Pada 2014, beliau telah mengarahkan agensi audit negara untuk menyiasat akaun yang dibiayai oleh Norway dan menyatakan kumpulan masyarakat sivil yang dibiayai dari luar, adalah untuk bayaran aktivis politik.

    Bagi tujuan itu, beliau merancang untuk memaksa pemimpin NGO itu untuk mengisytiharkan aset peribadi mereka dengan cara yang sama seperti Ahli Parlimen dan pegawai-pegawai awam lain.

    Hungary merupakan negara kelahiran Soros.

    https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-01-10/trump-s-win-prompts-hungarian-call-for-crackdown-on-soros-groups

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up