Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Ganjaran AS$250,000 Untuk Tangkap Pencuri Prototaip Komputer Riba

    Oleh kal-el | 11 January 2017 | 3:15 pm

     

    PENGILANG aksesori dan komputer, Razer menawarkan ganjaran AS$250,000 sehingga tertangkapnya pencuri yang mencuri dua protaip komputer ribanya.

    Laporan CNN Money mengatakan peranti berkenaan diambil dari bilik operasi Razer di ketika acara Consumer Electronics Show di Las Vegas, Ahad lepas.

    “Pasukan kami menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat konsep dan unit-unit tersebut,” kata CEO Razer, Min-Liang Tan di Facebooknya.

    Min-Liang menganggap kejadian berkenaan sebagai salah satu usaha sabotaj industri.

    Komputer berkenaan yang dinamakan Project Valerie mempunyai tiga skrin ‘multi-monitor’ yang ditujukan kepada penggemar permainan komputer.

    “Kami sudah membuat laporan dan ketika ini bekerjasama dengan penganjur dan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini,” kata Min-Liang.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up