• Carian
  • Media Sosial
  • Faiz Subri Pakai Salib : Kenapa Malaysia Ada Penyokong Pembangkang Yang Bodoh?

    Posted by editor | 11 January 2017 | 11:05 am | 116

     

    SIAPA TAK BANGGA ada seorang anak kampung di negara kita yang mampu naik pentas anugerah berprestij peringkat dunia? Daripada seorang yang tidak dikenali, hanya kerana sepakan yang tidak berjaya diselamatkan di tiang gol, membuatkan nama beliau disebut ke seluruh pelusuk dunia?

     

    Namun kebanggaan kita terhadap kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul anugerah di Puskas FIFA 2017 baru-baru ini turut mengundang berita ‘membanggakan’ dalam arena pengunaan media sosial.

     

    Mana tidaknya, selepas beberapa jam berita manis Faiz Subri ini tular di media sosial, ada pula netizen di alam maya yang bertindak menunjukkan kebodohan diri sendiri ke peringkat paling maksima – apabila mengecam Faiz Subri sedang memakai tanda salib di badannya.

     

     

    Sedangkan imej yang tertera ada kombinasi antara ‘bowtie’ Faiz Subri dengan mikrofon di hadapannya ketika beliau sedang berucap di atas pentas.

     

    Bagaimanapun, akaun Facebook dengan nama ‘Hidayah Muslimah’ itu telah dikecam teruk oleh para netizen lain yang tidak lagi mampu menyembunyikan tahap kebodohan si pemilik akaun media sosial berkenaan.

     

    Ada sebuah lagi akaun Facebook tampil memberi komen bahawa, ini salah satu contoh betapa bodohnya tahap pemikiran dan serangan mereka yang menjadi penyokong pembangkang di negara kita. Walaupun komen tersebut telah dipadam, namun kami sempat juga mengambil mesej darinya.

     

    Tak perlu kita perdebatkan dengan lebih panjang, setiap hari para penyokong pembangkang yang bermain di laman media sosial akan mengupas sesuatu isu itu hanya berdasarkan bahan tular dan persepsi. Pantang sekali bagi mereka (penyokong pembangkang) untuk menggunakan fakta dan dalil yang tepat untuk menyerang pihak kerajaan.

     

     

    Maka tak hairanlah saban hari kita dengan mudah boleh membaca pelbagai jenis kenyataan, tuduhan, fitnah dan serangan keatas kerajaan yang diusahakan oleh para penyokong pembangkang di alam maya.

     

    Seolah-olah menganggap semua rakyat Malaysia sebodoh mereka, para penyokong pembangkang akan berterusan menular perkara-perkara bersifat menjengkelkan dan tidak benar – hanya sekadar mahu kerajaan dipandang teruk dan keji.

     

    Mungkin elok juga para penyokong pembangkang khususnya di media sosial pergi mengikuti kursus terlebih dahulu bagaimana mahu mencari maklumat tepat di alam maya sebelum mengaku diri mereka sebagai kumpulan tentera siber pembangkang. –Tv14

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up