Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Doktor Sambut Kelahiran Bayi Berbekalkan Bantuan Lampu Telefon Bimbit

    Oleh kal-el | 11 January 2017 | 7:15 pm

     

    BEIJING: Berbekalkan lampu telefon pintar, sekumpulan doktor di China telah menyambut kelahiran seorang bayi lelaki di bahagian belakang sebuah kereta, selepas ibunya tidak sempat masuk ke dewan bersalin, lapor media Cina.

    Bayi itu hampir dilahirkan ketika seorang wanita tiba di luar Hospital Rakyat Zhongshan, di Guangzhou, wilayah Guangdong, awal pagi Ahad, laman web berita Sina News melaporkan.

    Dr Fenjun He berkata ketika dia dan seorang rakan sekerjanya berlari ke arah kereta itu, separuh badan bayi sudah kelihatan, justeru proses kelahiran terpaksa diteruskan di situ.

    Katanya, dengan bantuan seorang jururawat, mereka juga cuba untuk mengangkat wanita itu bersama bayinya keluar dari kenderaan tetapi gagal.

    Pediatrik Cong Pan kemudian tiba untuk mengambil alih proses kelahiran, menggunakan cahaya lampu dari telefon pintar milik jururawat dan doktor yang ada pada masa itu.

    Doktor mencatatkan kelahiran bayi itu pada pukul 2.25 pagi dan dia segera dipindahkan ke unit rawatan rapi hospital untuk rawatan lanjut, menurut laporan.

    Kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik selepas kelahiran. – South China Morning Post

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up