• Carian
  • Media Sosial
  • Demi Rakyat Sarawak, Adenan ‘Korbankan Nyawa’ Sendiri

    Posted by editor | 11 January 2017 | 34

    Allahyarham Tan Sri Adenan Satem ‘mengorbankan’ dirinya sendiri demi Sarawak dan rakyat negeri itu, kata seorang profesor di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

    Kata Dr Jeniri Amir, Adenan tahu keadaan kesihatan dirinya tidak mengizinkan namun dalam situasi begitu, beliau tetap berjuang demi rakyat di negerinya.

    “Beliau memang betul-betul berazam dan komited untuk meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi walaupun itu bermakna beliau perlu mengorbankan nyawanya,” kata Jeniri kepada Malaysiakini.

    Adenan, 73, meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan, hari ini.

    Beliau yang dilantik sebagai ketua menteri kelima Sarawak sejak Mac 2014 – bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud – dilaporkan mengalami keletihan melampau dan sukar bernafas kelmarin.

    Adenan menghembus nafas terakhir 16 hari sebelum berusia 73 tahun.

    Ahli politik veteran itu dilaporkan sebelum ini pernah bercerita mengenai keuzurannya kepada orang yang rapat dengan beliau.

    “Tiga tahun lalu saya sangat uzur. Saya berada di Institut Jantung Negara dan di Singapura.

    “Ada suatu ketika saya rasa saya akan meninggal dunia. Saya memanggil semua saudara-mara, anak-anak dan cucu,” katanya dalam temubual dengan Bernama menjelang pilihan raya negeri pada tahun lalu.

    Menurut Jeniri, disebabkan sedar keadaan kesihatan dan kekangan yang ada, Adenan bertindak seolah-olah tergesa-gesa untuk menyiapkan tugasnya secepat mungkin.

    Antara kejayaan Adenan, kata pensyarah sains politik itu, ialah mengemudi BN menang besar menguasai 72 kerusi pada pilihan raya negeri pada 2016.
    “Salah satu faktor utama yang membawa kemenangan besar BN itu ialah dengan adanya ‘demam’ Adenan melanda Sarawak,” katanya.

    Sokongan kepada presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan ADUN Tanjung Datu itu, kata Jeniri, adalah sebanyak 85 peratus dan personalitinya yang mudah didekati menawan hati orang ramai.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up