Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • DAP Sarawak Akui Adenan Buat Perubahan Kepada Sarawak, Kehilangannya Dirasai

    Oleh fatty | 11 January 2017 | 6:30 pm

     

    Menzahirkan rasa dukacita, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata pemergian Allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem merupakan kehilangan besar kepada rakyat Sarawak.

    “Takziah buat seluruh keluarga allahyarham Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

    “Sepanjang tempoh menjawat sebagai Ketua Menteri, beliau telah cuba sedaya-upaya untuk melakukan perubahan kepada Sarawak, walaupun berdepan dengan cabaran yang besar,” katanya dalam satu kenyataan.

    Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, walaupun hanya berkhidmat untuk tempoh yang singkat, allahyarham telah memberi sumbangan yang besar kepada Sarawak.

    “Pemergian beliau merupakan kehilangan besar buat Sarawak. Saya mewakili rakyat dan DAP Sarawak ingin merakamkan terima kasih dan penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau kepada negeri,” ujarnya.

    Allahyarham Adenan Satem dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.20 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kota Samarahan, Sarawak.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Pos Berkaitan



    Scroll Up