Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Cubaan Tasha Manshahar Cipta Lagu Sendiri

    Posted by kal-el | 11 January 2017 | 2

     

    Selepas menempa nama sebagai penyanyi duet, kini Tasha Manshahar tampil dengan album solo berjudul Bukan Aku.

    Menampilkan enam lagu baru dan sudah popular di radio tempatan, Bukan Aku turut menampilkan beberapa lagu baru dan dua daripadanya adalah ciptaan sepenuhnya penyanyi ini sendiri.

    Paling menarik perhatian adalah single Bukan Aku yang bergenre balada kerana ia berbeza berbanding lima lagu lain.

    Menerusi lagu Bukan Aku, pendengar akhirnya berpeluang mendengar kemampuan vokal Tasha dalam melantunkan lagu balada.

    Lirik yang disampaikan Tasha dalam lagu ini juga penuh emosi kerana ia bercerita mengenai gadis yang melepaskan cintanya kerana mahu yang terbaik untuk kekasihnya.

    Susunan muzik oleh Ammar Habir ini ada naik dan turun sekali gus menarik perhatian untuk mendengarnya berulang kali sebelum melangkah ke trek seterusnya.

    Sebuah lagi lagu ciptaan Tasha adalah Masih Perlu yang disajikan dalam bentuk akustik.

    Berbanding Bukan Aku, Masih Perlu yang mendapat sentuhan magis penyusun muzik, AG Coco ternyata ada tarikannya.

    Tidak lari jauh daripada lagu terdahulu Tasha, Masih Perlu dilihat mengekalkan identiti Tasha.

    Selain Bukan Aku dan Masih Perlu, turut dimuatkan lagu Oh No duet bersama Viral, Ragu Ragu duet (Syed Shamim), Terima Kasih Cinta (RJ) dan lagu solo Cinta Apa Adanya.

    Menurut Tasha, album solonya ini lebih berat dan memaparkan sisi matangnya sebagai penyanyi.

    “Sebelum ini saya banyak menyanyikan lagu rancak dan ‘catchy’ namun menerusi album Bukan Aku saya selitkan lagu balada,” katanya.

    INFO

    • ALBUM: Bukan Aku

    • ARTIS: Tasha Manshahar

    • SUSUNAN MUZIK: DJ Fuzz, Ammar Habir & AG Coco

    • EDARAN: FMC Music Sdn Bhd

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up