Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Bukan Sekadar Nama Besar Tetapi Tidak Membantu

    Posted by suzein-yana | 11 January 2017 | 2

     

    Pemain tengah Melaka United, Khairu Azrin Khazali, berharap dapat membantu pasukan itu mengecapi kejayaan manis selepas dianggap antara aset berharga untuk skuad Hang tuah pada musim ini.

    Diminta mengulas kemampuan Melaka untuk bersaing dalam Liga Super 2017, Khairu Azrin berkata tiada apa yang mustahil memandangkan persiapan skuad barunya itu kini berjalan lancar, termasuk kehadiran ramai pemain bagus.

    “Saya datang ke sini untuk mencari pengalaman baru dan membantu Melaka meraih kejayaan untuk musim 2017,” kata Khairu Azrin, yang berhijrah dari PKNS FC.

    “Saingan merebut tempat dalam kesebelasan utama juga bukannya senang kerana ramai lagi pemain bagus ada di sini.”

    Walaupun hadir dengan reputasi baik, Khairu Azrin berkata perkara itu bukan kelebihan untuknya menarik perhatian jurulatih, sebaliknya prestasi yang konsisten menjadi keutamaan.

    “Hanya nama besar tidak membantu. Kami perlu tunjukkan di dalam padang permainan kami,” tambahnya. “Keserasian pasukan sudah nampak walaupun tidak cukup semua pemain.”

    Khairu Azrin turut berharap kecemerlangannya ketika beraksi bersama PKNS mampu diulangi di Melaka.

    Melaka melonjakkan diri ke pentas Liga Super selepas menjuarai Liga Perdana pada musim lalu.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up