Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Media Sosial
  • Al Fatihah Adenan : Kit Siang Dikecam Netizen Di Media Sosial

    Oleh editor | 11 January 2017 | 7:30 pm

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah dikecam teruk oleh para netizen di media sosial apabila bertindak menggunakan istilah ‘al-Fatihah’ sebagai merujuk kepada ucapan tanda takziah di atas kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

    Hasil pemerhatian di media sosial, para netizen tidak begitu selesa apabila pemimpin parti ‘Chuavanist’ itu berbuat demikian. Bagi mereka, ia hanya sekadar mahu menonjolkan diri sendiri dalam kalangan komuniti beragama Islam di negara ini.

    Khairul Rizal Osman ‏@khairulryezal : Tulis sajalah Takziah. Tak boleh?

    Nazzir Hussain @NazzirHussain : Usaha dia utk tampak islamik dan zahir simpati.

    ida_mutiaralisha ‏@mutiaralisha_73 : Lu apek xmandi hadas bkn reti al fatihah tu ape jgn sebut bole ngok

    Namun, ada juga dari kalangan penyokong Kit Siang sendiri bertindak mempertahankannya yang disifatkan sebagai suatu bentuk tindakan ‘rasis’ dan tidak wajar terhadap kecaman para netizen.

    Terdahulu Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Adenan melalui catatan di laman Twitter beliau pada Rabu.

    Beliau turut menyifatkan Adenan sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan kematiannya merupakan satu kehilangan kepada rakyat Malaysia dan Sarawak.

    Adenan, 72 disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kota Samarahan kerana komplikasi jantung.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014, mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik, kerana memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.

    Adenan mencatatkan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku ketua menteri.

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up