• Carian
  • Media Sosial
  • White House Bukan Tempat Bisnes Keluarga

    Posted by editor | 10 January 2017 | 18

    WASHINGTON DC – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syraikat ke-44, Barack Obama memberitahu pengantinya Donald Trump bahawa menjawat jawatan presiden bukanlah lesennya untuk menjadikan ianya seperti sebuah ‘peniagaan keluarga’.
    Memetik laporan ABC News, menyatakan sehubungan itu, Obama menggesa Trump supaya lebih fokus kepada dasar pentadbiran dan mengelak daripada menjadikan Rumah Putih seperti sebuah empayar perniagaannya.
    “Sebaik sahaja anda (Trump) masuk ke dalam pejabat, selepas mengangkat sumpah jawatan, ingatlah anda kini bakal menguruskan organisasi terbesar di bumi.
    “Jadi anda tidak boleh menguruskannya dengan cara seperti anda akan menguruskan perniagaan keluarga.” kata Obama dalam satu wawancara khas bersamanya baru-baru ini.
    Trump bakal menjawat mengangkat sumpah jawatan sebagai  Presiden AS ke-45 pada 20 Januari 2017.
    Trump pada November 2016 telah berjaya memenangi pemilihan Presiden apabila berjaya mengalahkan pencabarnya Hillary Clinton daripada parti Demokratik.
    Dalam pemilihan itu Trump menang dengan 276 undi mengalahkan Clinton.
    Trump sebelum ini, belum pun menjawat jawatan Presiden AS secara rasmi telah menunjukkan sikap seperti ‘bos’ apabila mahu membina dua jet peribadi presiden namunpun begitu beliau kemudian membatalkan hasrat tersebut apabila bajet untuk tujuan itu terlalu mahal iaitu mencecah AS$4 bilion (RM17.7 bilion).

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up