• Carian
  • Media Sosial
  • Wajar Lantik Faiz Subri Sebagai Ikon TN50, Pedulikan Mereka Yang Dengki

    Posted by editor | 10 January 2017 | 3:03 pm | 69

    Kejayaan pemain bola sepak Pulau Pinang kelahiran anak Kedah, Mohd. Faiz Subri dalam Anugerah Puskas FIFA 2017 melayakkan beliau menjadi ikon Transformasi Nasional (TN50), kata Pengerusi Kelab Belia Darul Aman, Syed Mohd. Johan Rizal b. Syed Unan Al Mashri.

    Menurut Syed Mohd. Johan, Mohd. Faiz telah membuktikan walaupun bergelar seorang anak kampung biasa, namun hasil kesungguhannya mampu membolehkan nama beliau berjaya di pentas dunia. Kejayaan anak jati Lana Bulu, Jerlun memenangi anugerah tersohor PUSKAS itu harus dilihat sebagai satu legasi hebat yang bukan mudah dicapai.

    “Ini merupakan satu kebanggaan bukan sahaja kepada kepada negara, malahan kepada Kedah dan seluruh rakyat negeri ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

    Walaupun ada pihak yang mungkin berasa iri hati dan ‘jeles’ dengan kejayaan anak muda yang mewakili bola sepak Pulau Pinang ini, namun fakta dunia telah mencatatkan bahawa anak muda Kedah itu telah mengharumkan nama keluarganya, negerinya, pasukannya, bangsanya dan negara kita.

    Maka tak keterlaluan sekiranya Kerajaan Negeri Kedah mengambil inisiatif untuk mengiktiraf Mohd. Faiz sebagai Duta Muafakat Belia Kedah kerana anugerah yang digenggamnya itu mungkin seribu dalam satu buat negara kita.

    Pedulikan kepada mana-mana pihak yang memandang pencapaian Mohd. Faiz ini sebagai perkara biasa yang tidak patut dijulang tinggi, kerana mungkin mereka memiliki ‘penyakit hati’ yang amat teruk.

    Penulis tidak menuju kepada sesiapapun dalam perkara ini, sebaliknya ia dikaitkan secara rawak dan umum memandangkan begitulah sikap yang ada pada rakyat negara kita. Pantang ada mana-mana individu berjaya dipersada antarabangsa, pastinya akan dicari salah untuk mereka kritik.

    Juga disarankan agar pihak Kerajaan Malaysia dan FAM memberi pengiktirafan bermakna buat Mohd. Faiz ini sebagai bukti dan petanda syukur serta terima kasih kita kepada 59.46 peratus pengundi yang memilih jaringan Mohd. Faiz sebagai tercantik dalam dunia! –Tv14

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up