Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Video : Majikan Beli Paus 8 Tan Sebagai Hidangan Untuk Pekerja

    Posted by kal-el | 10 January 2017 | 45

     

    JIANGXI, China – Satu rakaman video yang tersebar di sini mengejutkan orang ramai apabila cef di sebuah kantin syarikat memotong ikan paus untuk dihidangkan kepada para pekerja baru-baru ini.

    Ikan paus seberat 8 tan itu dipercayai dibeli oleh majikan sebuah syarikat sebelum mengarahkan tukang masak kantin memasaknya untuk diberi makan kepada pekerja.

     

     

    Haiwan mamalia itu merupakan spesies terlindung di China dan pihak berkuasa tempatan telah menjalankan siasatan terhadap laporan tangkapan ikan paus tersebut.

    “Bau darah ikan paus tersebut sangat kuat. Ini merupakan pertama kali saya melihat ikan yang sa­ngat besar dan pengalaman melihat haiwan ini dipotong adalah sangat mengerikan,” ujar seorang saksi.

    Video yang dimuat naik ke laman web Miaopai itu juga menunjukkan seorang cef sedang menajamkan pisaunya sebelum memotong ikan paus tersebut. Dua orang pekerja yang berada di tempat kejadian pula sedang memotong ekor ikan berkenaan. – Agensi

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up