• Carian
  • Media Sosial
  • Sejak Sertai Parti Bunga, Muhyiddin Sudah Lupa Cara Nak Bantu Mangsa Banjir?

    Posted by editor | 10 January 2017 | 37

    Beberapa pemimpin dalam PPBM sebelum ini dikenali sebagai pemimpin hebat ketika dalam Barisan Nasional (BN) kerana sifat prihatin mementingkan kebajikan rakyat khususnya apabila mereka turun padang jika negara mengalami bencana.

     

    Mereka yang dimaksudkan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

     

    Tatkala mereka memegang jawatan tinggi dalam di peringkat Persekutuan dan Negeri, mereka pantas turun padang untuk bersama dengan mangsa bencana alam khususnya banjir dan mengagihkan bantuan kepada mangsa serta bertanya khabar serta mendengar keluhan mereka.

     

    Selepas berubah menjadi pembangkang, kesemua mereka seperti sudah hilang arah dan tidak tahu lagi bagaimana untuk turun padang bertemu mangsa dan menghulurkan bantuan.

     

    Adakah pada mereka, peranan melawat mangsa banjir hanya perlu dilakukan oleh Perdana Menteri atau anggota Kabinet sahaja?

     

    Sesudah mereka tidak lagi berada dalam kerajaan, mereka seperti sudah tidak mengendahkan peranan dan kerja yang sudah dilakukan berkali-kali dulu kini sudah dilupakan sama sekali.

     

    Sejak negeri-negeri di kawasan Pantai Timur di Terengganu dan Kelantan dilanda banjir, tidak ada pun makluman bahawa seorang dari mereka ada turun padang dan melawat mangsa banjir.

     

    Lebih teruk ialah Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, ini menjadi Pengerusi PPBM tetapi sudah tidak lagi melawat mangsa banjir seperti yang berkali-kali beliau lakukan ketika berkuasa.

     

    Beliau boleh pula hadir ke himpunan Bersih 5 di dalam kumpulan ribuan orang di tengah-tengah panas berbanding mahu turun padang ke negeri dilanda banjir untuk meninjau keadaan mangsa banjir.

     

    Nampak benar mereka ketika di dalam BN hanyalah menggunakan sokongan rakyat untuk membina pengaruh daripada benar-benar membantu rakyat dari segi kebajikan.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up