Video Rakyat Kisah Masyarakat

  • Carian
  • Media Sosial
  • Kerajaan Selangor Perlu Perincikan Kemana Perginya Hasil Jualan Beg Plastik

    Posted by editor-ii | 10 January 2017 | 5:31 pm | 16

    Pelaksaan peraturan tiada beg plastik percuma telah beberapa hari dilaksanakan di Selangor. Sejak awal tahun ini, pengguna yang mahu menggunakan beg plastik akan dicaj sebanyak 20 sen.

    Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah ramai yang keliru, kemana perginya hasil penjualan beg plastik ini?

    Selepas hampir 10 hari kempen bebas beg plastik dilaksanakan, rakyat berhak mengetahui kemana hasil itu disalurkan, adakah ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan ataupun pasar raya itu sendiri.

    Sehingga kini, tiada jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenai hasil kutipan 20 sen bagi penggunaan beg plastik mengakibatkan ramai yang ragu-ragu mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut.

    Sepatutnya kerajaan negeri memperincikan kegunaan hasil jualan beg plastik terbabit dan menenangkan perasaan pelanggan yang berang kerana terpaksa membayar tambahan 20 sen untuk beg plastik.

    Memang tidak dinafikan ramai yang akan menyokong program yang dijalankan untuk alam sekitar namun adakah dengan mengenakan caj tambahan kepada plastik akan menjadikan program berkenaan memenuhi sasaran?

    Jika betul-betul mahu melaksanakan program alam sekitar ini, lebih baik jika pasar raya langsung tidak memberikan plastik kepada orang ramai sebaliknya menyediakan alternatif lain kepada pengguna.

    Masalahnya ada penjual yang mula mengambil kesempatan malahan ada kedai di luar Selangor termasuk di Putrajaya juga menjadikan kempen ini sebagai ruang untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan caj tambahan untuk plastik.

    Sebelum melaksanakan sesuatu program, kajilah secara mendalam bagi memastikan rakyat Selangor bersiap sedia. Jika tidak inilah yang berlaku, hampir setiap hari ada yang mengadu di media sosial mengenainya. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up