• Carian
  • Media Sosial
  • Bila Pembaca Blog Chedet Sekolahkan Dr Mahathir

    Posted by editor | 10 January 2017 | 11:47 am | 1114

    MELALUI tulisan terbaharu di laman blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “MENGHALAL YANG HARAM”, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu yang diulang-ulang.

     

    Malahan, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga terus menerus mempertikaikan Yayasan 1MDB memberi tajaan kepada para pemimpin agama dan masyarakat untuk mengerjakan ibadah haji saban tahun.

     

    Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ini mengundang kecaman banyak pihak sama ada dari lawan mahupun kawan.

     

    Hasil dari pemerhatian portal Tv14 mendapati, ada di kalangan pembaca laman blog beliau telah mula mempertikaikan hasil penulisannya.

     

    Ikuti salah satu komen berkaitan isu ini yang amat baik untuk dihayati dan difahami ;

     

     

    HAJI 1MDB HALAL HARAM

    Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

    YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad,

    Menghalalkan yang diharamkan dan, mengharamkan yang dihalalkan sama sahaja maksudnya.

    Walaupun mak ayah saya pernah menerima pembiayaan menunaikan Haji yang bukan pembiayaannya dari Yayasan 1MDB, tempias dari halal haram yang dimaksudkan dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang telah/sedang terima pembiayaan dari sesiapa juga atas tujuan tersebut.

    Bilamana seseorang itu menerima tawaran melakukan sesuatu ‘perkara mulia’ terutama menunaikan ibadat Haji, mereka akan menyebut ‘ALLAHUAIKBAR’ dan, ‘ALHAMDULILLAH’ Syukur Ya ALLAH telah sampai masanya aku ke Tanah Suci Mu.

    Wajarkah mak ayah saya persoalkan dari mana hasilnya atas pembiayaan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Begitu juga kepada penerima pembiayaan dari Yayasan 1MDB, wajibkah mempersoalkan pada perkara semulia itu umpama mempertikaikan pula pada ibadah yang hendak dilakukan sedangkan lebih baik untuk tidak menerima dari menjadi persoalan hukum hakam.

    Jika halal haram dimaksudkan, kenapa tidak dipersoalkan dan ditujukan terus kepada pihak berwajib untuk menyiasat seterusnya menentukan pula hasilnya, daripada berlebihan menghukum penerima sekalipun mereka menerima pembiayaan dari 1MDB.

    Jika disebut NajibRazak mencuri 2.6 Billion dan, anak tiri si pencuri pula buat filem lucah dll, disebabkan semuanya dicuri dari dana 1MDB serta, termasuk pelaburan di pulau judi dan pelacuran sekalipun wajarkah disahkan pembiayaan itu dari hasil haram.

    Jika benar haram, mohon senaraikan berapakah jumlah yang dikembalikan kepada 1MDB yang dikatakan telah dicuri oleh NajibRazak. Maksudnya jika ada lebihan dari 2.6 Billion telah dikembalikan, pastinya haram kerana termasuk dari hasil keuntungan filem lucah dsb.

    Mohon perincikan juga pada perolehan dari pelaburan dana 1MDB di kepulauan pelacuran dan judi kerana lebihan dari hasil pelaburannya itu sesungguhnya jelas haram.

    Dan, jika segalanya mudah disebut haram maksudnya yang disebut ‘dana’ 1MDB juga haram kerana 1MDB curi duit negara, makanya tiadalah bezanya pada hasil negara yang diperolehi dari cukai-cukai yang dikenakan dari sumber-sumber diantaranya telah termaktub yang diharamkan.

    Bukankah YABhg Tun cakap 1MDB rugi BILLION-BILLION, bagaimana pula ada terselit HASIL HARAM. Adakah kerugian itu termasuk pembiayaan menunaikan Haji yang mungkin kerana rugi boleh jadi haram. Maaf tak rasa pelik walau setitik nila sekalipun.

    Kesimpulan halal haram dosa pahala itu isu agama sama seperti bangsa dan politik yang mana menjadi sebahagian besar undang-undang dunia termasuk alam maya untuk tidak menyentuh bab Agama, Bangsa dan, Politik.

    Sekian, terima kasih.

    p/s: Jika YABhg Tun atau NajibRazak ada hati nak biaya saya pergi Haji, saya wajib terima samada halal haram dosa pahala itu antara amalan sedekah YABhg Tun atau NajibRazak dengan ALLAH SWT. Bukan itu saja, jika YABhg Tun atau NajibRazak nak Derma ataupun tabur Dedak, pasti saya terima juga dari berkomen tanpa Gaji/Elaun/Pencen tiada masa nak merapu dan berpolitik.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up